Loading...
TR

'Kepada Diana, saya secara terbuka mohon maaf atas apa saja kesalahan' - Farid Kamil bersyukur dapat jumpa anaknya, Muhammad



Dalam siaran Melodi TV3 Ahad, 2 April, pelakon Farid Kamil dikatakan berpeluang berjumpa dengan anak lelakinya, Muhammad, ketika mengambil beberapa barangannya di kediaman keluarganya. 


Walau bagaimanapun, beliau kecewa tidak dapat berjumpa dengan anak perempuannya, Aurora, yang dikatakan masih trauma disebabkan insiden 'petik cili'. 


DAPAT JUMPA MUHAMMAD, TETAPI AURORA MASIH TRAUMA DENGAN INSIDEN PETIK CILI


Berkata kepada Melodi, "Alhamdulillah dapat berjumpa dengan anak saya walaupun seorang, Muhammad. Saya mengikut arahan peguam yang membenarkan saya datang mengambil anak-anak dan juga barang-barang keperluan di rumah kelamin seperti yang tertera di dalam surat ini yang menyatakan saya boleh masuk dan ambil anak-anak.


"Saya nak melihat sendiri adakah mereka masih tinggal di rumah ini. Saya masih lagi tertanya-tanya apakah sebab saya tidak dapat berjumpa mereka semua? Sudah tentulah saya sedikit kecewa. Saya dah datang ke sini tepat pada waktunya, tapi saya dapat surat dari peguam sebelah sana yang kata saya tidak dibenarkan berada di rumah. Saya nak ambil barang-barang saya di rumah kelamin itu, saya ingin berjumpa dengan anak-anak saya. 




"Bila saya dapat surat, hanya Muhammad sahaja boleh jumpa, manakala Aurora tidak bersedia untuk berjumpa kerana masih trauma dengan insiden petik cili dan tergantung. Apakah yang dimaksudkan dengan petik cili?


"Anak saya, Aurora, trauma. Kalau trauma pasal petik cili ini, saya rasa Diana kena jelaskan betul-betul kepada semua orang. Kalau saya nak cerita, ia lebih kepada mengaibkan. Kalau mengaibkan, lebih baik saya tak bercakap di sini," katanya. 


TAK PERNAH NAIK TANGAN PADA ISTERI DAN ANAK-ANAK


Bapa kepada dua anak itu menegaskan, dia akan berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan rumah tangganya kerana dia masih menyayangi isteri dan anak-anaknya. Apatah lagi, dia dan Diana sudah 11 tahun bersama melalui suka dan duka.


"Saya masih sayangkan keluarga saya walaupun kecil, dah 11 tahun kita bersama. Tetapi saya tetap ingin hak sebagai suami yang menegakkan hukum hakam Islam di dalam rumah tangga. 


"Saya tidak pernah naik tangan mengasari anak-anak, mahupun isteri, tak pernah memukul mereka. 


CERITA SEBENAR INSIDEN AURORA PETIK POKOK CILI


"Apa yang berlaku adalah, Aurora masuk ke rumah jiran tanpa kebenaran memetik pokok cili. Saya nampak, sebagai ayah saya cakap pada dia, 'Aurora you buat kerja salah. Masuk rumah orang, ambil barang orang, consider mencuri. Jangan buat begini'. 




"Saya tanya dia, 'Baba ajar ke, ibu ajar ke, siapa yang ajar buat seperti itu'. Dia cakap tiada sesiapa yang ajar. Saya suruh kawan dia balik dan saya pun dendalah Aurora. Saya tanya Aurora, nak kena rotan atau stand dekat dinding untuk hukuman denda. Dia pilih untuk pergi ke dinding. 


"Jadi apabila dia tengah menjalani denda tersebut, Diana sampai dan tidak berpuas hati dengan apa yang saya lakukan pada Aurora. 


"Bagi saya di zaman 90'an didikan agama yang ibu bapa saya beri, saya cuba terapkan pada anak-anak saya. Nampak gayanya tidak mendapat persetujuan daripada Diana yang tidak mengetahui kejadian sebenar. 


"Saya harap insiden petik cili di mahkamah nanti, kita boleh percepatkan untuk mendengar justifikasi Diana sendiri apa yang dia maksudkan," katanya. 




Sejak dari awal kemelut rumah tangganya, Farid memaklumkan sudah hampir 30 hari nombor telefonnya disekat oleh Diana, termasuk akaun media sosial dan membantutkan usahanya untuk menghubungi keluarga sendiri. 

'KITA BUKAN ORANG SENANG'

Dalam pada itu, Farid dalam nada yang sebak meluahkan rasa bersyukur dapat berjumpa dengan Muhammad, walaupun tidak berpeluang berjumpa dengan Aurora. 


"Saya rasa terhina sangat apabila diperlakukan seperti ini.. Apa salah saya? Saya curang dengan perempuan lain ke? Saya buat apa? Apa dosa besar yang saya buat? Tolonglah jelaskan dan jangan drag benda-benda kecil macam (isu) petik cili (dibawa) ke mahkamah dan ini akan mengambil masa yang lama dan duit kita yang sangat banyak. Kita bukan orang senang.


"Kenapalah benda-benda kecil seperti ini nak diperbesarkan tanpa sebab yang munasabah? Cukup-cukuplah kesengsaraan yang saya alami daripada 2017 tu. Cukup-cukuplah.. 2023 ini adalah masa untuk kita kembali ke landasan. Takkanlah nak ambil 2017 punya kecelakaan, yang terjadi kepada saya itu bawa sampai sekarang. Takkan nak menyusahkan family lagi. 


INSIDEN DI TANAH SUCI, DORONG FARID KAMIL PERTAHANKAN RUMAH TANGGA


"Semua orang terkejut tetapi apa yang berlaku di tanah suci Mekah itu, saya tak boleh nak bercerita di sini. Bila dah berlaku (sesuatu) di tanah suci Mekah itu, ia dah memberi gambaran sebenar apa yang akan terjadi di depan. Saya tak boleh nak menerima benda itu. 


"Saya akan berjuang (pertahan rumah tangga) sebab saya tahu saya ada anak-anak. Anak-anak adalah kekuatan saya. 


"Kepada Diana Danielle, saya secara terbuka saya memohon maaf atas apa sahaja kesalahan yang saya dah buat. Sampai ke hari ini saya masih cuba lagi untuk pulihkan keadaan. Nampak gayanya semakin lama keadaan semakin menekan. 


@melodiberapi Akhirnya pelakon Farid Kamil dapat berjumpa dengan anaknya iaitu Muhammad.. Nak tahu cerita selanjutnya jangan Lupa saksikan laporan penuh sebentar sahaja lagi.. 🔥🔥 #meloditv3 #faridkamil #ceritaartismalaysia #dianadanielle #fypã‚·゚viral #panas #sensasi #tv3 #fypã‚·゚viral🖤tiktok ♬ original sound - Melodi


"Saya berharap awak bersabar dan percayalah cakap saya, semuanya akan baik-baik saja. Aurora, kalau Aurora dengar ini, Aurora be strong okay? I love you so much and I'll never hurt you, I really miss you so much dear. Kalau Aurora rindu Baba, call lah," katanya tanpa dapat menahan tangisan di mata. 


Farid berharap netizen dan para peminatnya mendoakan rumah tangganya dapat diselamatkan serta tidak membuat sebarang cerita negatif lebih-lebih lagi tentang isteri dan anak-anaknya. 


Sumber: Melodi TV3

About Cite Malaya

Powered by Blogger.