Loading...
TR

'Ini tahun keempat saya berpuasa' - Kongsi pengalaman berpuasa, netizen puji sikap Boss James



Pempengaruh terkenal, Boss James sudah tidak asing lagi. Jejaka kelahiran Kapar, Klang ini yang merupakan ahli perniagaan yang berjaya menarik perhatian netizen dengan video-video yang dimuatnaiknya terutama sekali di dalam aplikasi TikTok. Kejayaan beliau telah menjadi inspirasi kepada netizen.


Di bulan Ramadan ini, video yang dimuatnaiknya menjadi tular. Video yang memaparkan mengenai Boss James mencabar dirinya berpuasa menarik perhatian netizen dengan tontonan 6.4 juta. Apa yang mengejutkan, ini merupakan tahun keempat dia berpuasa dan meraikan bersama teman beragama Islam.


@bossjames_oe Doakan ya semua 🤍 #bossjames #berjayamegamotors #foryou #inspirasiramadan #viral #tiktok ♬ original sound - Boss James


"Saya tak sangka video ini menjadi tular tapi secara niat baik saya lakukan ini kerana pasukan sebab kebanyakan beragama Islam dan gembira dapat beri impak baik," katanya.


Berkongsi pengalamannya berpuasa, Boss James berkata semua perasaan bercampur antara penat, letih dan sebagainya terutamanya ketika menjelang tengahari. Tetapi apabila memikirkan benda yang baik semuanya berjalan dengan lancar.


"Kali pertama sebenarnya saya dipaksa puasa, tetapi lama kelamaan sudah terbiasa dan tahun ini merupakan tahun keempat saya berpuasa. Puasa ini mengajar kita bukan sahaja tak boleh makan tapi emosi pun begitu sebab tak boleh marah,” katanya.


Beliau juga ditanya apakah status agamanya kerana dalam video tular itu kelihatan dia sedang membacakan doa makan dan selain  itu dia dilihat selalu memakai baju Melayu.


"Walaupun saya bukan beragama Islam tetapi saya berfikiran terbuka, bagi mengenai agama ini ia susunan Tuhan, saya tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang, doakan yang baik-baik saja.


"Saya selalu diajar, buat baik akan dibalas baik, of course bersyukur Alhamdulillah masa akan datang kita akan jadi lebih baik,” katanya. 


Sumber: Boss James, mStar Online

About Cite Malaya

Powered by Blogger.