Seorang pengguna TikTok baru-baru ini memuat naik video yang menunjukkan dirinya memakan hati ayam mentah untuk tatapan pengikutnya di aplikasi tersebut.
Dalam video klip berdurasi 20 saat itu memaparkan wanita berkenaan memakan hati ayam mentah dari mangkuk tanpa sedikit pun rasa loya.
Menurut Abiey yang juga makeup artis (MUA), dia lebih menggemari hati ayam mentah berbanding hati ayam yang dimasak sama ada dimasak secara biasa atau digoreng sebelum melahap seketul hati ayam itu ke dalam mulut dan menunjukkan thumbs up!
@mummybiey Fav giler 🤤. ada geng tak ? #fyp ♬ Dj Dayak Full Beat Lagu Malihi Janji - Jeremya Ginting
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen 'kembang tekak' menonton videonya itu.
"Kalau mata lembu, bolehlah makan mentah-mentah. Ni hati ayam mentah? Kembang tekak aku," kata Ryd.
"Aku nak hidu bau ayam mentah pun tak lalu. Ni lagi makan hati dia mentah-mentah," kata YGI.
Tidak kurang juga ada netizen yang mengusik kononnya TikToker berkenaan ada membela 'saka'.
Walau bagaimanapun, Abiey menjelaskan makanan itu hanya sekadar makanan kegemarannya sahaja. Bagi orang lain mungkin ia kelihatan pelik dan meloyakan, tetapi tidak bagi dirinya yang sudah terbiasa.
Sumber: TikTok, Mothership