Loading...
TR

'Daddy' rogol anak tiri semasa isterinya tengah tidur, akan didakwa atas 32 pertuduhan merogol & amang seksual



Lelaki yang disyaki merogol anak tirinya sehingga menyebabkan remaja itu melarikan diri daripada rumah, dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh esok atas 32 pertuduhan. 


Ketua Polis Melaka, Zainol Samah berkata, suspek berusia 36  tahun yang telah direman sejak seminggu lalu akan didakwa atas 32 pertuduhan termasuk 11 kes rogol mangsa bawah umur dan 12 kes melakukan amang seksual terhadap mangsa berusia 16 tahun. 


Baca: 'Pulanglah Qistina, Daddy tunggu awak balik' - Anak hilang rupanya lari dari rumah sebab trauma diperkosa bapa tiri


Siasatan kes tersebut hampir selesai dan akan dirujuk kepada pengarah pendakwaan negeri untuk tindakan lanjut untuk mendakwa suspek mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Seksyen 377 CA KK melakukan hubungan seks menggunakan objek dan Seksyen 376 (1) KK. 


Ibu kepada remaja perempuan itu turut direman untuk membantu siasatan dan akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan. 


Terdahulu media melaporkan, pasangan suami isteri berkenaan melaporkan anak mereka hilang dari dipercayai lari dari rumah. Bertindak di atas laporan, polis berjaya menemui mangsa yang kemudian memaklumkan dia melarikan diri kerana trauma dan tidak tahan menjadi mangsa rogol bapa tirinya itu. 


Siasatan lebih lanjut kemudian mendapati mangsa dirogol oleh bapa tirinya sejak awal Januari 2020 di bilik tidurnya pada tengah malam di rumah mereka di Taman Maju Jasin. 


Mangsa mendakwa suspek masuk ke bilik terus menutup mulutnya sebelum dirogol tanpa kerelaan dan ketika kejadian, ibunya sedang tidur di bilik. 


Sumber: Free Malaysia Today

About Cite Malaya

Powered by Blogger.