Semenjak tularnya pendedahan influencer TikTok curang dengan staff sendiri, netizen mula memerhatikan semua akaun media sosial individu yang terlibat dalam kes itu.
Berdasarkan pemerhatian awal, baru sebentar tadi, suami kepada Shermine memuat naik gambar dirinya bersama anak-anak dengan kapsyen "Daddy miss you all".
Terdahulu, Shermine memaklumkan dia dan anak-anaknya terpaksa bersembunyi di satu lokasi kerana bimbang dengan keselamatan diri mereka. Shermine juga tidak berani keluar untuk membuat laporan polis dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian.
Shermine dalam kenyataan terakhir dalam tujuh jam lalu memaklumkan dia menerima banyak komen dan pertanyaan mengenai kes tersebut.
"Terlalu banyak comment dan pertanyaan. Hati I tak boleh nak tenang. Tapi sekarang akhirnya I feel better. I tahu dia mesti akan ambil tindakan sebab semenjak I post (dedah), dia dah tak balas I.
"Carilah pertolongan macam mana pun, I tetap akan post bukti setiap hari. Selepas ini I akan nampak sinar di hujung jalan. Semoga Tuhan merahmati dan bebaskan I," katanya.
Tinjauan di akaun media sosial 'penyondol' mendapati, wanita itu telah menutup ruangan komen pada setiap gambar di Instagram. Namun di Facebook dan TikTok, ruangan komen pada post terkini dibanjiri dengan komen-komen kecaman netizen.
Hal yang sama turut berlaku pada akaun media sosial lelaki terbabit. Ini termasuk akaun media sosial syarikat berkenaan.
Sumber: Facebook, Instagram, TikTok