Loading...
TR

Bayi kembar ditemui mati, mulut berbuih disyaki diberi racun oleh ibunya yang mengalami kemurungan selepas bersalin



Pihak berkuasa di Vietnam mengesahkan dua bayi kembar ditemui maut disyaki telah diberi racun oleh ibu kandungnya. 


Menurut laporan portal Eva, mayat dua beradik kembar itu ditemui oleh datuknya, Huynh Cong Lam yang datang untuk melawat dua cucunya itu di daerah Hoa Vang. 


Apabila masuk ke rumah itu kira-kira jam 4.40 petang Rabu, 5 April 2023, Lam menemui dua cucu kembarnya itu, Huynh Tuong Hieu A. dan Huynh Tuong Thao A. dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mulut berbuih di tempat tidur. 


Polis yang mendapat maklumat bergegas ke lokasi kejadian dan mengesahkan dua kembar berkenaan telah meninggal dunia. 


Ibu mangsa, Jiang Thi Then tiada di rumah dan dipercayai telah melarikan diri. Siasatan di lokasi menemui sepucuk surat diletakkan di mea ruang tamu. Ketika kejadian, bapa mangsa bekerja di daerah lain.


Polis percaya suspek telah memberi racun kepada dua bayi terbabit yang menjadi punca kematian mereka. Berdasarkan maklumat, suspek ada menunjukkan tanda-tanda mengalami kemurungan selepas bersalin dan pernah dirawat di hospital jiwa. 


Polis kini sedang giat mengesan suspek untuk membantu siasatan. 


Sumber: Eva

About Cite Malaya

Powered by Blogger.