Loading...
TR

Badan budak 4 tahun melecur 46% akibat disambar api semasa bermain bunga api



Malang tak berbau, seorang kanak-kanak perempuan melecur di badan akibat disambar api ketika bermain bunga api di depan kediamannya. 


Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, kejadian itu berlaku pada jam 10.30 malam Selasa lalu di Kampung Senara, Kubur Panjang yang menyebabkan badan mangsa, Nur Zatil Hidayah Mohd Tarmizi, 46 peratus melecur. 


Siasatan awal mendapati, mangsa ketika itu sedang bermain dengan dua abangnya berusia tujuh dan 10 tahun. Ibu bapa tiga beradik itu pula berada di dalam rumah dan sedang menonton televisyen. 


Tiba-tiba mangsa menjerit menyebabkan ibu bapanya terus bergegas keluar dan mendapati badan mangsa terbakar dan dua abangnya cuba memadamkan api tersebut. 


Bapa mangsa bergegas mengambil sebaldi air lalu disimbah pada mangsa yang kemudian dikejarkan ke Hospital Pendang. 


Menurut bapa mangsa, anaknya dipercayai terbakar selepas disambar api daripada pelita minyak tanah semasa hendak menyalakan bunga api. 


Polis sedang menjalankan siasatan dan punca sebenar kejadian akan diketahui sebelum pihaknya mendapatkan keterangan daripada dua abang mangsa. 


Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. 


Sumber: Harian Metro 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.