Loading...
TR

(Video) 'Kereta hitam tu punca kemalangan!' - 2 wanita maut ketika cuba elak kereta lain memotong secara berbahaya



Dua wanita dilaporkan maut dalam kemalangan tragis yang berlaku di Kilometer 58.3, Lebuhraya Senai-Desaru, kira-kira jam 3 petang, Khamis lalu, 23 Mac 2023. 


Difahamkan, kemalangan itu membabitkan kenderaan Perodua Alza dan Hyundai 130 yang melibatkan enam mangsa termasuk seorang kanak-kanak lelaki. 


Dua mangsa yang meninggal dunia dikatakan tersepit dalam Perodua Alza. Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, terpaksa menggunakan alatan rescue tools untk mengeluarkan mangsa. 







Selain itu, mangsa lain dalam Perodua Alza tu melibatkan seorang lagi wanita dewasa, dua lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki, mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 


Berdasarkan video papan pemuka (dashcam) dari Hyundai 130 menunjukkan, Alza yang dipandu mangsa d laluan bertentangan dilihat cuba mengelak sebuah kereta berwarna hitam memasuki laluannya untuk memotong secara mengejut. 


Pemandu Alza cuba mengelak daripada merempuh kereta itu, namun hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar Hyundai 130. 


Berdasarkan video bukti itu, netizen menggesa mangsa kemalangan mengambil tindakan undang-undang terhadap suspek untuk bertanggungjawab di atas perbuatannya yang memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan meragut jiwa. 




Sumber: Sinar Harian, Telegram

About Cite Malaya

Powered by Blogger.