Loading...
TR

(Video) 'Driver bas JDT ni parking macam takde otak' - Pengadu bengang bas team bola diparkir sesuka hati sehingga menyusahkan orang lain



Disebabkan seorang pemandu bas ini, habis semua orang Johor dicemuh netizen di media sosial hanya kerana bas tersebut diparkir di laluan utama sehingga menyusahkan pengguna jalan raya lain. 


Menurut pengadu, bas milik pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu diparkir di laluan utama, sementara pemandunya pergi bersarapan di gerai berhampiran. 


Disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab itu, dua lorong utama tersebut menjadi sesak dan pengguna jalan raya terpaksa memintas bas tersebut dengan memasuki laluan bertentangan. 


"Driver bas JDT ni parking bas macam takde otak. Dengan ramai orang guna laluan belakang HKL (Hospital Kuala Lumpur. Dia parking pastu pergi makan sarapan. 


"Bukan tu je, siap berborak tepi bas macam dia tak buat salah. S**l betul la. Datang plak kawan, dia sambung borak lagi. S**l la orang macam ni," kata pengadu.



Namun, tindakan pengadu menularkan gambar dan video insiden itu mengundang teguran yang bertanya mengapa dia tidak berjumpa dan menegur pemandu bas itu.


Pengadu membalas, dia memang sengaja menularkan perkara itu agar pihak pengurusan bas berkenaan tahu sikap sebenar pemandunya dan bagi memboleh tindakan diambil terhadap pemandu itu. 


Setakat ini, pengadu masih menunggu pihak pengurusan bas berkenaan tampil memberi kenyataan berhubung insiden tersebut. 



Sementara itu netizen turut membidas sikap pemandu bas berkenaan yang mementingkan diri tanpa memikirkan perbuatannya itu mengundang masalah kepada pengguna lain. 


"Biasalah orang Johor," kata Nain. 


"Otak driver letak kat mana? Memalukan. Takkan semua benda kena tegur? Umur dah berapa? Lima tahun ke? Kau bawa bas, bukan Myvi," kata Jack. 


"Tolong kepada mereka yang memandu bas JDT. Jaga tingkah lau anda sama ada di dalam ataupun luar negari. Jangan ingat kitat menang bolah dan under TMJ, kita boleh besar kepala dekat tempat orang," kata Bulat Montel. 


Walaubagaimanapun, ada netizen mendakwa perkara itu bukanlah perkara baru. Menurut individu yang tidak diketahui namanya berkata, dia kerap makan di gerai yang sama dan sudah menjadi kebiasaan pemandu bas dari mana-mana pasukan bola akan memberhentikan bas di situ. 




Sumber: Twitter Isu Semasa Viral

About Cite Malaya

Powered by Blogger.