Loading...
TR

Suspek tibai kepala imam dengan selipar kerana terdengar mangsa ada menyebut namanya ketika membaca surah



Padah menyerang imam ketika solat Subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, pada 26 Mac lalu, lelaki terbabit akan dihadapkan ke Mahkamah Kuantan esok untuk didakwa mengikut Seksyen 296 Kanun Keseksaan atas pertuduhan membuat gangguan di rumah ibadat. 


Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek berusia 37 tahun itu pada masa ini sedang dipantau oleh Unit Psikiatri Hospital Tengku Ampuan Afzan. 


Siasatan polis mendapati, suspek pada hari kejadian sudah lama berada di lokasi dan ketika kejadian dia berubah menjadi agresif.


Keputusan ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine. 


Ketika disoal siasat, suspek mengaku bertindak demikian kerana mendengar mangsa mengimamkan solat ketika membaca surah ada menyebut namanya. 


Dalam kejadian jam 6.18 pagi 26 Mac lalu, suspek masuk ke masjid tersebut lalu menghayun selipar untuk memukul kepala mangsa yang juga pelajar Maahad Tahfiz Thurath, Ilhan Muhammad Irham, yang menjadi imam jemputan untuk solat Subah sempena Program Khatam Subuh 2.0. 


Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.