Loading...
TR

'Saya tiada masalah untuk berpoligami, tetapi Hafidz harus mengikut cara yang betul' - Nurul Shuhada



Nurul Shuhada Mat Shukri tidak menolak untuk berpoligami sekiranya pelakon yang juga suaminya, Hafidz Roshdi bersikap jujur dengannya sejak dari awal lagi. 


Bagi Shuhada, asalkan Hafidz mengikut cara yang betul untuk berpoligami sudah tentu dia menerima ketentuan itu dengan baik. 


"Bagi saya, sekiranya seorang suami mahu berkahwin lain, sebaik-baiknya ikut sunnah Rasulullah. Contohnya, berkomunikasi dengan baik, tidak melakukan perkara yang dilarang atau boleh mendatangkan dosa. 


"Jadi, kalau caranya betul saya tiada masalah berpoligami. Untuk pengetahuan, saya tidak pernah lagi berjumpa dengan pihak ketiga untuk melakukan provokasi seperti tarik-tarik rambut atau maki hamun. 


"Sebaliknya, pada fikiran saya lebih kepada persoalan kenapa dia mahu berkahwin dengan suami saya. Sedangkan selama ini saya yang rasa seperti ditipu," katanya memetik laporan dari Harian Metro, 21 Mac 2023. 


Ditanya mengenai sama ada dia akan memaafkan orang ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangganya, Shuhada menganggap dirinya tiada hak untuk memaafkan tetapi akan cuba memberi yang terbaik. 


"Maaf atau tidak, saya hanya manusia biasa. Apa pun, saya akan cuba yang terbaik. Kalau berdendam sekalipun, nanti pada masa depan bimbang saya sendiri tak dapat meneruskan kehidupan," katanya. 


Shuhada secara jujurnya mengakui dia tidak menyimpan dendam terhadap suaminya, apatah lagi hendak membuktikan siapa yang menang atau kalah. Sebaliknya dia secara konsisten memperjuangkan maruah diri dan anak-anaknya sejak kes rumah tangganya diketahui umum. 


Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.