Etnik Rohingya yang dahulunya datang ke Malaysia menaiki bot, kini sudah berubah apabila kebanyakan mereka mula naik kepala. Ini terbukti apabila ada suku sakatnya sudah berani menuntut hak sama rata seperti rakyat tempatan.
Ini termasuk lelaki Rohingya dalam video tular beberapa hari lalu memberi amaran kepada seorang aktivis masyarakat berhenti mengganggu bangsanya yang hanya datang untuk mencari tempat perlindungan di negara ini.
Bagaimanapun, kata-kata lelaki Rohingya itu mengundang kemarahan ramai. Mana tidaknya, sudahlah duduk di negara orang tetapi sudah pandai memberi amaran. Sedangkan aktivis berkenaan hanya mendedahkan betapa mudahnya warga asing berniaga secara haram, membina penempatan haram yang dilengkapi dengan surau dan yang sewaktu dengannya.
Tidak cukup dengan marah, netizen juga mahu berjumpa dengan lelaki Rohingya itu. Malangnya tiada sesiapa pun yang tahu di mana keberadaannya. Menurut satu sumber, lelaki itu dipercayai berada di Muar, Johor.
Menyedari kata-katanya telah menimbulkan kemarahan masyarakat, lelak Rohingnya itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
"Maafkan saya ustaz, saya dah buat salah dengan ustaz dan semua orang-orang sini. Saya minta maaf di atas kesalahan saya.
"Saya minta maaf dan maafkan saya. Saya rasa bersalah, saya tidak sepatutnya berkata begitu. Saya salah, saya minta maaf. Mohon semua terima permohonan maaf saya," katanya.
Sementara itu, netizen tetap tidak berpuas hati kerana pintu kemaafan sudah ditutup. Kini tiba masa untuk tampil dan serahkan diri kepada pihak berkuasa.
Sumber: TikTOk MyKhabar