Loading...
TR

'Saya bukan penjenayah, sampai begini kerjaya saya terganggu' - Ali Puteh akui tak ada job, sukar nak bayar saman RM60,000



Pelawak Ali Puteh mengakui dia tidak dapat membayar saman RM60,000 kepada Nor Hidayah berikutan dia sudah lama tidak menerima sebarang tawaran untuk bekerja dalam industri hiburan. 


"Memang tawaran saya tidak seperti sebelum arwah Abam meninggal dunia, rasanya sudah lebih kurang enam bulan saya tiada 'job'. Sekarang saya berniaga di media sosial, saya guna platform yang ada untuk cari duit. 


"Jadi saya gunakan apa yang saya ada untuk selesaikan bayaran balu Abam. Saya kesal sebab saya bukan penjenayah, di mana saya digari dan dimasukkan dalam penjara. Sebaliknya, ini hanyalah urusan keluarga tidak membabitkan jenayah. Jadi, saya pelik.. sampai begini kerjaya saya terganggu. 


"Saya merasakan ia tidak adil, tapi nak buat macam mana? Saya harap apabila bayaran sudah selesai, isu ini tidak berpanjangan," katanya memetik laporan daripada Harian Metro, Selasa, 28 Mac 2023. 


Walaupun tidak dapat membayar RM60,000 itu sekali gus, namun Ali memaklumkan proses pembayaran itu adakan diselesaikan sebelum Hari Raya Aidilfitri ini. 


Menggulas mengenai rumah pusaka arwah ibunya, ali menjelaskan dia tidak boleh menyerahkan rumah itu kepada Hidayah dan pihaknya akan membayar saman RM60,000 itu bagi mengelakkan rumah tersebut disita. 


"Ada perselisihan faham mengenai rumah itu yang merupakan pusaka arwah emak saya. Banyak pula peguam bersuara dan saya juga sudah dihubungi peguam balu Abam dan mereka minta saya jawab di mahkamah. 


"Tetapi saya malas nak teruskan hal ini lagi di mahkamah. Dan selepas berbincang dengan kakak dan adik saya susulan rumah itu disita, kami akan sediakan bayaran saman untuk rumah itu secepat mungkin. InsyaAllah rumah itu akan selamat. 


"Kalau selepas kami bayar pun dia mahu ambil rumah arwah emak saya itu, tidak tahulah. Kita sudah bayar, dia nak apa lagi? Sedangkan dia minta kami bayar sebab kami tak bayar saman lagi dan sebab itu ia disita. 


"Tapi kami pelik bukannya sita harta saya, sebaliknya harta arwah mak saya," katanya. 


Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.