Jurucakap Polis Kota Kendari, Fitrayadi berkata, siasatan awal pihaknya mendapati suspek membakar rumah saudara perempuannya itu disebabkan sakit hati dengan tindakan mangsa yang dipercayai menyebelahi bekas isterinya sehingga hak penjagaan anak diberikan kepada bekas isteri.
Walaupun tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku, mangsa dianggarkan mengalami kerugian kira-kira Rp 14.5 juta (RM4,238).
"Lebih kurang jam 2 petang, suspek datang ke rumah mangsa dengan membawa sebilah parang. Namun ketika itu, mangsa tiada di rumah. Berang dengan mangsa yang tidak kunjung tiba, suspek bertindak melepaskan kemarahannya dengan membakar rumah mangsa," katanya.
Jiran yang ternampak kejadian itu segera menghubungi mangsa dan talian kecemasan untuk meminta bantuan. Orang ramai dengan bantuan pihak polis, berjaya memadam api kebakaran.
Kira-kira jam 5 petang, mangsa dimaklumkan oleh jiran yang rumahnya sudah berasap dibakar oleh suspek. Ekoran kejadian itu, mangsa datang ke balai untum membuat laporan polis.
Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek dan kini berdepan dengan hukuman penjara 12 tahun kerana melakukan kejahatan yang membahayakan ketenteraman awam.
Sumber: Kompas