Loading...
TR

'Perempuan jangan jadi bodoh! Walaupun lelaki beli beras, belum tentu dia beli lauk' - Che Ta



Krisis rumah tangga yang melibatkan pasangan selebriti mengundang banyak perhatian netizen dan golongan selebriti lain turut tidak terkecuali berbicara mengenainya. 


Pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta berpendapat, mana-mana wanita yang terbabit dalam masalah keganasan rumah tangga sepatutnya berani tampil mempertahankan diri dalam apa jua cara bagi menyelamatkan diri daripada terus menjadi mangsa. 


"Perempuan jangan jadi bodoh. Walaupun lelaki beli beras, belum tentu dia akan beli lauk yang lagi mahal. Sekali lelaki angkat tangan, perempuan harus angkat kaki tetapi bukan terajang. 


"Keluar dari rumah, buat laporan polis dan pergi ke hospital kerana hukuman akan jatuh kepada lelaki," katanya memetik laporan dari portal Gempak, Rabu, 8 Mac 2023. 



Jelas Che Ta lagi, mangsa keganasan rumah tangga usah mudah terperdaya dengan kata maaf dan pujuk rayu si suami kerana kata-kata itu hanyalah bersifat seketika. 


"Kalau dia pujuk cakap minta maaf dan tidak akan buat lagi, tidak! Awak kahwin dengan orang sama dan dia tidak akan berubah. 


"Sedangkan kita pun tidak berubah, jangan harap dia pun akan berubah. Jangan beri peluang kedua kepadanya kerana dia masih orang yang sama tidak akan berubah," ujarnya. 


Sumber: Gempak

About Cite Malaya

Powered by Blogger.