Loading...
TR

Niat nak buat content berakhir tragedi, gadis tergelincir & terjerut sehingga mati



Seorang wanita berusia 21 tahun dari Kampung Warnasari, Desa Cibeber I, Kecamatan Leuwiliang, Indonesia ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung di rumah sewanya. 


Mangsa dipercayai mahu membuat content gantung diri, namun kakinya tergelincir dari kerusi menyebabkan mangsa terus terjerut sehingga mati. 


"Jadi dia sebenarnya mahu membuat content bunuh diri, tetapi malang tak berbau kakinya tergelincir dari kerusi yang dipijak menyebabkan dia tergantung," kata Ketua Polis Leuwiliang, Agus Suprianto. 


Kejadian itu berlaku pada malam Rabu lalu, 1 Mac 2023. Mangsa yang bekerja sebagai pelayan kafeteria ketika itu sedang berkomunkasi dengan rakannya melalui panggilan video. 


Ketika itu, mangsa berniat mahu membuat content dan saat hendak beraksi dia tergelincir sehingga meragut nyawanya sendiri. 


Terkejut melihat mangsa tergelincir, rakannya terus bergegas ke rumah sewa mangsa. Malangnya, mangsa tidak sempat diselamatkan. 


"Rakannya dalam video call itu sempat berlari ke rumah mangsa tetapi mangsa telah meninggal dunia. 


"Mangsa ketika itu berseorangan di rumah dan tiada sesiapa yang mengawasinya ketika melakukan aksi tersebut," katanya. 


Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk dibedah siasat dan keluarga mangsa juga telah dimaklumkan mengenai kejadian itu. 


Sumber: Agensi

About Cite Malaya

Powered by Blogger.