Loading...
TR

Lelaki Singapura perdaya wanita untuk lakukan hubungan intim, dirakam & video dihantar kepada suami mangsa



Seorang lelaki yang sudah berkahwin di Singapura, sanggup menyamar sebagai ejen pengiring dan pelanggan hanya untuk memperdaya seorang wanita bagi melakukan hubungan intim dengannya.


Apabila mangsa berusia 28 tahun itu menyedari dirinya telah diperdaya, lelaki itu mengugut akan menghantar video mereka melakukan hubungan intim, kepada suami mangsa. 


Bagaimanapun, Kendrick Liu Kenli, 33, ditahan polis dan didakwa atas tujuh kesalahan termasuk mengugut untuk menyebarkan video intim, mengedar video intim, menipu, ugutan jenayah dan menerbitkan semula video lucah. 


Pada 6 Mac lalu, Liu dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun sembilan bulan selepas dia mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan yang dikenakan. 


MENYAMAR SEBAGAI EJEN FREELANCE


Mengikut dokumen mahkamah, Liu telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Pada Januari 2020, Liu memuat naik iklan di Locanto bertajuk, "Looking for Female Socialite' untuk mencari wanita bagi melakukan hubungan intim dengannya. 


Apabila mangsa memberi respon kepada iklan tersebut Disember 2020, Liu yang menyamar sebagai ejen bebas menawarkan diri untuk membantunya mencari 'sahabat'. 


AKAN BAYAR LEBIH KALAU SETUJU UNTUK REKOD VIDEO


Liu juga mendakwa dia mempunyai 'ramai pelanggan yang profesional dan kaya' dan akan membayar lebih jika mangsa melakukan hubungan intim dengan mereka. 


Selepas berjaya dipujuk, Liu meminta mangsa menghantar gambar dan video dirinya untuk ditunjukkan kepada pelanggan. Liu juga meminta maklumat mengenai suami mangsa. 


Pada 7 Januari 2021, Liu memaklum kepada mangsa bahawa dia telah menemui pelanggan untuk mangsa tetapi pelanggan berkenaan mempunyai permintaan untuk membuat rakaman video pada'sesi' tersebut sebagai koleksi peribadi. 


Liu memaklumkan mangsa akan dibayar S$950 (RM3,182) untuk sesi tersebut dan akan diberi bayaran tambahan S$200 (RM670) jika bersetuju untuk dirakam. Selepas berfikir, mangsa akhirnya bersetuju. 


PERJUMPAAN PERTAMA


Pelanggan yang dimaklumkan oleh Liu itu sebenarnya tidak wujud dan Liu kemudian menjemput mangsa pada keesokan harinya dan mereka melakukan hubungan intim di sebuah hotel. Liu mengambil kesempatan itu untuk merakam lima klip video. Namun Liu tidak membuat pembayaran terhadap mangsa. 


2 Februari 2021, mangsa berhadapan dengan Liu untuk menuntut penjelasan. Liu berkata, dia sekadar mahu menguji mangsa sama ada bagi membolehkannya mencari pelanggan yang bersesuaian dengan wanita itu. Padahal dia bukan ejen bebas dan tidak pernah mempunyai pelanggan. 


Kecewa dikhianati, mangsa enggan terus bekerja dengan Liu. 


UGUT SEBAR VIDEO DI MEDIA SOSIAL


Keesokan harinya, Liu sekali lagi meminta mangsa menghantar video dirinya, tetapi mangsa menolak untuk berbuat demikian. Berang dengan tindakan mangsa, Liu mengancam akan menyebarkan video mereka di media sosial. Tetapi mangsa tidak mempedulikan ugutan itu. 


Liu kemudian menghantar video berdurasi 21 saat itu kepada suami mangsa. suami mangsa menawarkan bayaran S$10,000 (RM33,505) dengan syarat Liu tidak menyebarkan video itu. 


HANTAR VIDEO 21 SAAT & UGUT SUAMI MANGSA


Tidak berpuas hati dengan angka itu, Liu kemudian menghantar lebih banyak video isterinya yang telah 'digauli' kepada suami mangsa dan mengancam akan menjual video tersebut. Liu juga mengugut akan menyebarkan gambar dan video itu kepada rakan sekerja mangsa. 


Kejadian itu menyebabkan mangsa tertekan lalu membuat laporan polis pada 3 Februari 2021 menyebabkan Liu ditahan pada 4 Mac di tempat kerjanya selepas polis berjaya mengesannya melalui rekod pendaftaran hotel.


Pihak pendakwaan mendedahkan, Liu telah menipu ramai wanita termasuk seorang ibu tunggal yang memerlukan wang untuk menjelaskan hutangnya. 


Di mahkamah, Liu memohon mahkamah menangguhkan hukumannya kerana isterinya kini sedang hamil enam minggu dan memerlukan masa untuk menangani hal peribadi. 


Hakim meningkatkan jumlah jaminannya kepada S$22,500 (RM75,386) dan membenarkan Liu mula menjalani hukuman 20 Mac. 


Sumber: Mothership

About Cite Malaya

Powered by Blogger.