Loading...
TR

'Kau tak layak hidup, reputlah dalam neraka!' - Netizen | Mahkamah kekalkan hukuman mati terhadap pembunuh Zara

Foto Berita Harian, The Star


7 November 2018, seorang lelaki didakwa membunuh dan menyebabkan kematian bayi perempuan, Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal atau Zara, berusia 11 bulan, yang juga merupakan anak asuhan isterinya. 


Sebelum itu, mangsa dihantar ke hospital oleh pengasuh dan suaminya yang mendakwa mangsa tercekik buah epal. Selepas dua hari bertarung nyawa di Hospital Serdang, mangsa disahkan meninggal dunia. 


Pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat pelbagai kesan kecederaan yang ditemui pada badan mangsa, yang membawa kepada penemuan mangsa telah didera dan diserang secara seksual.


SELAPUT DARA DAN DUBUR ADA KESAN KOYAKAN


Hasil bedah siasat pada mayat mangsa mendapati, bayi itu mengalami pendarahan di bawah kulit kepala yang banyak, tulang tengkoraknya pecah, pendarahan di atas dan belakang otak dipercayai impak dari objek tumpul, bekas lebam di lengan kanan dan kesan luka akibat gigit orang dewasa. 


Pemeriksaan mendalam turut mendapati ada kesan koyakan pada selaput dara dan dubur mangsa. 


Hasil laporan bedah siasat mendapati, mangsa berusia 11 bulan itu meninggal dunia disebabkan impak objek tumpul di bahagian kepala dan tengkoraknya. 


SUAMI PENGASUH MENGAKU BERSALAH, MASUKKAN JARI DALAM KEMALUAN DAN DUBUR MANGSA


Ekoran dari penemuan itu, polis telah menahan suami kepada pengasuh, Hazmi Majid, yang disyaki telah melakukan serangan seksual dan fizikal terhadap mangsa di Apartment Sri Cempaka, Bandar Baru Bangi antara jam 10.30 pagi dan 1.30 tengah hari dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati. 


Siasatan awal polis juga mendapati, sepanjang Zara dihantar kepada pengasuh yang dikenali melalui Facebook, Zara dijaga oleh suami pengasuh kerana lelaki itu beranggapan isterinya seorang yang lembab membuat kerja.


Pada 29 November 2018, Hazmi mengaku bersalah di atas pertuduhan itu dan mengaku memasukkan jari ke dalam kemaluan dan dubur mangsa. Dengan pengakuan itu, Mahkamah Sesyen Kajang menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan. 


Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 20 Ogos 2021 mengesahkan Hazmi bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh Zara dengan kejam. 


Pihak pembelaan juga gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan. Hazmi kemudian membuat rayuan untuk semakan semula keputusan tersebut. 


RAYUAN GAGAL, KEKAL HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI


Semalam, 1 Mac 2023, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati terhadap tertuduh selepas mendapati keputusan yang dibuat adalah berdasarkan fakta dan undang-undang. 


"Kecederaan yang dilakukan ke atas bayi itu, dalam keadaan biasa adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian. Kami mendapati keputusan hakim (Mahkamah Tinggi) adalah selamat, berdasarkan keseluruhan bukti. Oleh itu, rayuan ini ditolak dan sabitan dikekalkan," kata Hakim Hanipah yang bersidang bersama Hakim Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk See Mee Chun.


Sumber: Harian Metro, Berita Harian


About Cite Malaya

Powered by Blogger.