Dalam kad laporan itu, beliau dengan bangganya menyatakan jumlah tugas yang telah dilaksanakan semenjak memenangi kerusi tersebut.
Antara tugas yang paling banyak dilakukannya adalah menziarahi atau menghulur bantuan kepada golongan memerlukan (64 orang), pemudahcara aduan rakyat (87 aduan), menghadiri majlis perkahwinan dan kenduri kesyukuran (58 kenduri) dan menziarah kematian (36 kematian).
Manakala empat lagi tugasan lain seperti pertemuan bersama agensi kerajaan, ziarah & menghulur bantuan kepada mangsa musibah, program bersama NGO dan masyarakat dan bangkit isu rakyat Kepala Batas kurang dari 22 kali.
Tatkala penyokongnya memuji pencapaian dinyatakan dalam kad laporan itu, pengguna media sosial lain pula mengkritik Mastura menyenaraikan majlis kahwin/kenduri dan ziarah kematian sebagai KPI-nya.
"Kalau ziarah orang mati pun dikira sebagai pencapaian, baik orang Kepala Batas lantik penggali kubur je jadi MP," kata Afiq Azni.
Kalau ziarah org mati pun dikira sbg pencapaian,
— Afiq Azni (@afiqazni) March 1, 2023
baik org Kepala Batas lantik penggali kubur je jadi MP.
"Kau nak pergi kenduri boleh, tapi tak payahlah letak dalam kad laporan," kata ThorDDDD.
"Lepas ni jangan lupa kira berapa kali masuk toilet office. Itu pun kira achievement jugak," kata Chetom Shelby.
"Tak ada pencapaian sebenar ke MP? Ini ke Giant Killer mampu? Nenek aku boleh ziarah kematian, majlis perkahwinan dan kenduri kesyukuran. Mudahnya jadi MP," kata Jason.
Tak ada pencapaian yang SEBENAR ke MP? Ini je Giant Killer mampu? Nenek aku boleh ziarah kematian, majlis perkahwinan dan kendurii kesyukuran. Mudahnya jadi MP. Menang sebab buat provokasi -- bangkitkan isu peristiwa lepas, isu perkauman.
— Jason (@Jaaaaason1) March 2, 2023
Apa pandangan anda? Wajarkah aktiviti seperti pergi majlis perkahwinan/kenduri dan ziarah kematian dijadikan sebagai KPI Ahli Parlimen? Kongsikan pandangan anda di media sosial The Reporter.
Sumber: Twitter Siti Mastura Muhammad