Difahamkan, video tersebut dimuat naik sembilan jam lalu berserta dengan lagu latar Paloma - Only love can hurt like this, sekali gus menimbulkan kebimbangan ramai yang tertanya-tanya apakah rumah tangga Eina dilanda masalah.
@einaazman13 💔💔💔
♬ Only Love Can Hurt Like This (Slowed Down Version) - Paloma Faith
Sedangkan umum mengetahui Eina Azman kerap berkongsi video detik bahagia rumah tangganya di media sosial, selain daripada video masakan.
Eina Azman juga sempat memuat naik kenyataan ringkas di Instastory, "Jika ada seseorang tidak menghargai kehadiran awak, buat mereka menghargai kehilangan awak".
Tidak kurang juga yang berpendapat video itu mungkin hanya sekadar gimik untuk pelancaran produk baru.
Di sebalik spekulasi itu semua, majoriti mendoakan rumah tangga Eina dan keluarganya baik-baik sahaja.
Sumber: TikTok Eina Azman