Loading...
TR

Ibu tiri bunuh anaknya kerana cemburu suami selalu beri perhatian lebih kepada mangsa



Mayat seorang kanak-kanak perempuan tanpa kepala ditemui membusuk di bawah rumah penduduk di Desa Liang Bunyu, Sebatik Barat, Indonesia pada Sabtu lalu, 4 Mac 2023. 


Polis mengesahkan mayat itu adalah kanak-kanak bernama Asmiranda binti Hanase, berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang pada 25 Februari lalu. 


Menurut Ketua Desa Liang Bunyu, Imran berkata, dia mengenali mangsa yang sangat rajin dan fokus dengan pelajaran membaca Al-Quran. 


"Kebetulan dia seorangg yang pendiam. Dia hanya menjawab apabila ditanya. Dia sangat rajin kalau bab mengaji," katanya. 


Bagaimanapun, ketiadaan Asmiranda itu membuatkan Imran tertanya-tanya sebelum disahkan hilang dan para penduduk mula melakukan pencarian sebelum membuat laporan polis. 


Misi pencarian Asmiranda diteruskan walaupun tiada tanda-tanda keberadaan kanak-kanak itu. Ada penduduk yang tidak menolak kemungkinan mangsa lemas di laut kerana ketika itu musim air pasang. 


Sehinggalah beberapa hari kemudian, ada penduduk mengadu terhidu bau busuk ketika mmelintasi sebuah jambatan dan menyangka bau tersebut datangnya dari bangkai anjing. 


Namun sangkaan itu meleset apabila mereka menemui mayat Asmiranda di bawah rumah penduduk dalam keadaan sudah hancur, membusuk dan dipenuhi ulat. Bahkan bahagian badannya terpisah, termasuk kepalanya yang ditemui hanya tinggal tengkorak. 


Jurucakap polis, William Wilman Sitorus berkata, pihaknya pada 25 Februari lalu menerima laporan kehilangan mangsa daripada bapanya yang baru pulang dari laut. 


Penemuan mayat mangsa itu membawa kepada penahanan ibu tirinya yang disyaki sebagai suspek. Ketika disoal siasat, suspek mengakui dia berasa jengkel dengan Asmiranda dan menganiayanya sehingga tidak bernyawa. 


Suspek mendakwa mangsa selalu melawannya ketika dimarahi. Selain itu dia berasa cemburu terhadap mangsa yang selalu diberi perhatian lebih oleh suaminya.


Pada hari kejadian, suspek memanggil mangsa datang ke tandas sebelum dipukul sehingga terjatuh. Suspek kemudian mengambil kayu dan memukul mangsa berkali-kali di bahagian kepala hingga ke leher. 


Selepas melihat keadaan mangsa yang sudah tidak bergerak, suspek menjadi panik lalu membawa mangsa pergi ke klinik. Tetapi semasa dalam perjalanan, suspek terlupa membawa duit dan timbul di fikirannya untuk membuang anak tirinya dari jambatan. 


Ketika dibedah siasat, doktor forensik mengesahkan leher mangsa patah, tengkorak retak dan terdapat kesan melecet dan robek di bahagian belakang kepala. Doktor tidak menolak kemungkinan mangsa meninggal dunia akibat gegar kuat pada otak. Leher mangsa patah berkemungkinan disebabkan pukulan dari objek tumpul. 


Suspek kini dalam tahanan polis dan berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun atau seumur hidup.


Sumber: Kompas

About Cite Malaya

Powered by Blogger.