Loading...
TR

'Gimik marketing murahan paling jijik!' - Azwan Ali kecam Eina Azman



Minggu lalu, pelakon Eina Azman memuat naik video yang menunjukkan dirinya menangis, meraih perhatian ramai yang bimbang dengan keadaannya dan tidak kurang juga membuat spekulasi sendiri kononnya rumah tangga pelakon itu dilanda masalah. 


Namun, segala persoalan terjawab apabila Eina Azman menerima kejutan daripada suaminya ketika sedang membuat sesi live penjualan produk. Dan dalam video itu Eina menjelaskan dia memuat naik video menangis itu disebabkan suaminya tidak mengucapkan selamat hari lahir kepadanya. 


Para peminatnya meluahkan rasa bersyukur melihat video tersebut yang sekali gus menepis spekulasi liar berkenaan. Tetapi tidak kurang juga yang meluahkan rasa sebaliknya, termasuk seorang pengacara popular, Azwan Ali. 


@chantiqrich KenaPrank #einaazman #sakaputihgebu #einaazman #fypシ゚viral #lounching #chantiqrich ♬ bunyi asal - chantiqrich

Bagi Azwan, apa yang dilakukan oleh Eina adalah 'menjijikkan' hanya semata-mata mahu meraih perhatian daripada netizen. 


"Gimik marketing murahan paling jijik! Merenyut typical nasty. Attention seekers!" tulisnya dalam ciapan yang dimuat naik Sabtu lalu. 



Tinjauan di media sosial juga mendapati, sebahagian besar apa yang dilakukan oleh Eina itu turut pernah dilakukan oleh mereka yang hanya mahukan perhatian daripada suami. Bagi mereka, setidak-tidaknya suami mereka mengingati tarikh penting itu bagi mengeratkan lagi kebahagiaan rumah tangga.


"Memang sedih la kalau hari-hari penting kita, dia tak wish," kata Bcwmhycbi2237. 


"Suami tak belikan kek birthday pun sedih tau. Jangnalah marah dia, kita semua kan makhluk Tuhan paling sensitif," kata Intan. 


Sumber: Twitter Azwan Ali

About Cite Malaya

Powered by Blogger.