Loading...
TR

Diana Danielle berhak halang Farid masuk sebab dia yang bayar sewa rumah



Peguam Syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili pelakon Diana Danielle menjelaskan, anak guamnya mempunyai hak untuk menghalang suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil, untuk masuk ke kediaman mereka selepas memfailkan permohonan cerai pada 10 Mac lalu. 


Ini kerana, Diana yang membayar sewa kediaman itu dan mempunyai hak untuk membenar atau menghalang mana-mana individu daripada memasuki rumahnya. Tambahan pula, hubungan di antara Diana dan Farid juga tidak baik, mendorong Diana buat demikian. 


"Rumah itu disewakan oleh anak guam kami, jadi dia ada hak untuk membenarkan sesiapa masuk atau tidak ke dalam rumah tersebut. Hubungan mereka juga memang sudah tidak baik, sebab itu anak guam saya ke mahkamah," katanya memetik laporan daripada portal mStar Online, Isnin, 20 Mac 2023. 


Diana bertindak memfailkan permohonan cerai terhadap Farid disebabkan berlakunya perbalahan berpanjangan dan tidak lagi dapat hidup sebagai suami isteri. Sejak dari itu, mereka dilaporkan tidak lagi tinggal bersama dan Farid juga tidak dibenarkan berjumpa dengan dua anak mereka. 


Sementara itu, Farid dalam kenyataannya kepada media bahawa dia masih sayangkan Diana dan mahu menyelamatkan rumah tangganya. 


"Saya ingin selamatkan keluarga menerusi jalan pendamaian di mahkamah. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah. Saya masih sayangkan Diana dan tentunya dua cahaya mata, Muhammad dan Aurora.


"Sebenarnya, tiada apa pun yang berlaku. Sebagai suami, saya tiada masalah. Tanyalah Diana, apa masalah dia," katanya


Sumber: mStar Online, Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.