Loading...
TR

'Apa nak komen lagi? Dah penat lah' - Ketua Menteri Melaka letak jawatan sebab penat, nak bagi peluang pada orang lain

Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali letak jawatan sebab penat


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menafikan dakwaan kononnya beliau didesak untuk berundur dari jawatan itu. Sebaliknya, beliau sudah penat dan mahu memberi peluang kepada orang lain yang lebih berkemampuan. 


"Tiada desakan atau paksaan daripada mana-mana pihak untuk saya meletakkan jawatan. Keputusan itu sudah lama dibuat kerana desakan hati, selain pernah beberapa kali menyatakan hanya ingin memikul tanggungjawab berkenaan hanya sepenggal. 


"Apa nak komen lagi? Kenyataan sudah dikeluarkan kerajaan negeri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Apa yang mereka cakap, itulah dia yang sebenarnya. 


"Tiada desakan, ini desakan hati saya dan datangnya daripada naluri. Dah penatlah (kerja), berilah orang lain peluang pula. Itu sahaja," katanya. 


Dalam masa sama, Sulaiman berharap penggantinya kelak dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan lebih baik berbanding sekarang. 


Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam telah menerima surat peletakan jawatan Sulaiman sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12. Pelantikan Ketua Menteri Melaka yang baharu dijangka akan dilantik hari ini, jam 3 petang ini. 


Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.