Seorang maut, manakala dua lagi terselamat dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Lingkaran Putrajaya dari Lebuhraya MEX menghala ke Putrajaya.
Dalam kejadian yang berlaku pada lewat petang Ahad, kereta jenis Volkswagen yang dinaiki oleh ketiga-tiga mangsa dikatakan dalam perjalanan menghala ke Lebuhraya MEX.
@mazrinks Kemalangan Maut Di Putrajaya Petang Tadi Dan Seorang Mangsa Cedera Parah Di Bahagian Badan Dan Lain Lain , AL-FATIHAH Di Baca #MKSTEAM #Fyp #fypシ #fypdongggggggg #fypage #fypシ゚viral #AbangCallMan #KamiSampaiKamiUruskan #HatiHatiMemandu #fypdongggggggg ♬ bunyi asal - MazrinKs Auto 🚨🪝
Bagaimanapun tiba di lokasi kejadian, kereta mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan beberapa buah kenderaan lain antaranya Proton Exora, Perodua Alza dan Toyota Vios.
Kemalangan itu menyebabkan keempat-empat tayar kenderaan tercabut dan salah seorang daripada mangsa tercampak keluar dari kenderaan.
Video selepas kemalangan juga tular di media sosial di mana saksi kejadian mendakwa kesemua mangsa merupakan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dan dalam perjalanan pulang ke asrama.
"Kereta ini sebenarnya daripada arah sana (Putrajaya) nak ke Lebuhraya MEX, Kuala Lumpur dan mereka telah terpelanting ke lorong bertentangan dan menghentam beberapa buah kenderaan lain menyebabkan keempat-empat tayarnya tercabut.
"Dua mangsa yang terselamat tetapi kritikal telah dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans. Saya antara saksi pertama yang melihat kejadian itu dan telah menghubung talian kecemasan.
"Kulit kepala mangsa masih melekat di kereta Axia itu. Mangsa tercampak keluar dari kereta. Korang sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa, orang Melayu belaka ni.
"Suami saya turut membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta. Kami tak sentuh banyak sebab mangsa yang terselamat mengalami pendarahan teruk.
"Salah seorang mangsa itu nyawa-nyawa ikan tadi. Doakan untuk mereka," katanya.