Ahad lalu, tular di media sosial seorang kanak-kanak perempuan mengalami kecederaan akibat bermain mercun setelah dibenarkan oleh bapanya dalam kejadian yang tidak diketahui tarikh dan lokasinya.
Video itu kemudian dimuat naik semula oleh pengguna media sosial yang membincangkan mengenai tindakan kerajaan yang baru-baru ini 'menghalalkan' penjualan mercun secara berlesen di negara ini.
Pencetus tweet itu berpendapat, tindakan kerajaan membenarkan penjualan mercun secara berlesen tanpa kajian mendalam akan menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak.
"Bila ada menteri Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini dan kini menteri Kerajaan Perpaduan, Nga Kor Ming, nak mencadangkan mercun ini dihalalkan demi kantung kerajaan kononnya. Inilah akibatnya benda yang haram nak dihalalkan.
"Dah habis kaji ke belum? Aku yakin Bomba dan PDRM tak sokong cadangan ini," kata Blackmerz101.
Bile ada menteri Kerajaan PH sebelom ini dan kini menteri Kerajaan Perpaduan @NgaKorMing nak cadangkan mercun ni di halalkan demi kantung kerajaan kononye. Inilah akibatnye bende yg haram nak di halalkan. Dah abis kaji ke belom ? Aku yakin #Bomba dan #PDRM x sokong cdgan ini. pic.twitter.com/MdveoceKUi
— 𝓦𝓱𝔂 ~ 𝓦𝓱𝔂 (@blackmerz101) February 5, 2023
Bagaimanapun, netizen tidak memfokuskan ciapan tersebut, sebaliknya mempersoalkan tindakan ibu bapa mangsa dalam video tersebut yang sewenang-wenangnya membenarkan anak mereka yang masih kecil bermain mercun sehingga mengundang kecederaan parah.
"Salah dia dekat sini, kenapa biarkan anak kecil main benda-benda ni. Kalau setakat main pop pop itu okay lagi. Benda-benda bahaya macam ni, parents kena cakna. Nak sentiasa menyalahkan kerajaan pun susah juga," kata Siti Najihah.
"Tiber nak menyalahkan kerajaan. Salahkan mak bapak budak ini dulu. Takkan benda bodoh begini kerajaan kena didik juga? Oh seronoklah gitu. Buat anak pandai, nak didik anak serah kepada orang lain," kata Nena.
"Satu, tak ada orang paksa main. Dua, kanak-kanak tak patut main mercun. Tiga, nak main mercun pergi ke kawasan lapang, bukannya di balkoni. Aduh, penatlah tengok manusia kita sekarang. Common sense sikit pun tak ada," kata CK.
Sementara itu yang lain pula berpendapat, dengan usaha membenarkan penjualan mercun itu kelak, pengguna yang mengalami kecederaan akibat mercun yang dibeli tidak berfungsi dengan betul (tidak termasuk kecuaian diri) akan dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap kilang atau pihak yang mengimport mercun tersebut.
"Mungkin selepas ini kalau beli mercun secara legal, kalau ada apa-apa yang berlaku pada pembeli, ianya boleh diambil tindakan terhadap penjual.
"Contohnya mercun defect ke, meletup secara tiba-tiba ke. Berbanding sekarang kalau ada apa-apa yang berlaku, nak buat apa? Beli pun secara haram," kata Abdullah Johari.
Sumber: Twitter Balckmerz101