Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hari ini mengumumkan pemilik kenderaan persendirian tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan (road tax) di kenderaan masing-masing.
Anthony berkata, perkara itu berkuatkuasa serta-merta mulai hari ini dan pemilik kenderaan persendirian obleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui portal awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau aplikasi MyJPJ di bawah satu projek perintis.
Tambahnya, pelaksanaan itu selaras dengan langkah mendigitaliasikan perkhidmatan teras JPJ iaitu cukai jalan dan lesen memandu oleh kementeriannya.
Semalam, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim memaklumkan, orang ramai tidak perlu membawa kad lesen memandu lagi kerana dokumen berkenaan boleh diperoleh secara online menggunakan sebuah aplikasi khas.
Aplikasi itu katanya boleh dimuat turun oleh pengguna melalui telefon pintar masing-masing dan lesen pemandu akan dipaparkan secara digital.
Pihak berkuasa seperti PDRM dan JPJ akan dibekalkan dengan peranti khas yang membolehkan mereka melakukan pemeriksaan atau semakna ke atas lesen memandu digital ini dengan mengimbas kod bar yang tertera pada lesen memandu digital bagi mengesahkan lesen memandu digital itu tulen atau sebaliknya.
Sumber: Free Malaysia Today