Loading...
TR

'Nak pinjam tandas konon...' - Petani kantoi rakam perempuan mandi, ditahan polis



Seorang lelaki berusia 20 tahun di Mamuju, Sulawesi Barat, Indonesia telah ditahan polis kerana didapati merakam wanita yang sedang mandi di bilik air. 


Ketua Polis Bahagian Cegah Jenayah Mamuju, Rigan Hadinagara berkata, suspek yang bekerja sebagai petani itu ditahan pada Isnin, 27 Februari lalu. 


Siasatan awal mendapati, suspek datang ke Kecamatan Kalukku pada Rabu, 22 Februari untuk bertemu dengan rakannya di rumah. 


"Ketika sedang berbual dengan rakannya, suspek mengetahui adik rakannya sedang mandi lalu meminta izin menggunakan tandas. 


"Suspek kemudian masuk ke tandas bersebelahan dengan bilik air dan mengeluarkan telefonnya untuk merakam video mangsa yang ketika itu sedang mandi tanpa seurat benang," katanya. 


Namun, perbuatannya itu disedari oleh mangsa yang terus berhenti mandi dan meminta pertolongan abangnya untuk memeriksa kandungan telefon suspek. 


Setelah diperiksa, ternyata ada gambar dan video mangsa sedang mandi. Abang mangsa terus membuat laporan polis dan bertindak di atas laporan itu, polis terus menahan suspek untuk membantu siasatan. 


Suspek bakal berdepan dengan tindakan undang-undang berkaitan pornografi yang memperuntukkan hukuman penjara selama lima tahun. 


Sumber: Kompas


About Cite Malaya

Powered by Blogger.