Umum mengetahui golongan berpendapatan rendah atau B40 di negara ini sering mendapat perhatian dan diberi bantuan oleh kerajaan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup.
Namun, tidak dinafikan juga keprihatinan kerajaan ini membuatkan segelintir golongan M40 dan T20 berasa dianaktirikan dan diperah atau ditekan semaksima mungkin. Bagi mereka, kerajaan berlaku tidak adil dan bantuan sepatutnya disalurkan kepada semua rakyat tanpa mengira status pendapatan.
Seperti yang disuarakan oleh seorang doktor perubatan baru-baru ini mendakwa, untungnya menjadi B40 di negara ini yang sentiasa diberi bantuan oleh kerajaan.
"Balik-balik B40, happy jadi B40. Kat Malaysia ni B40 je makan nasi. M40 dan T20 tak (perlu) makan? Bukan susah nak jadi B40, tak perlu kerja. Yang M40 dan T20 siang malam bekerja. Mana adilnya?
"Kerajaan terlalu menyuap B40. Tax (cukai) M40 dan T20 yang bayar, penerima B40. Mana adilnya? Patutnya bantuan untuk semua," katanya.
Namun pandangan doktor berkenaan mengundang perdebatan ramai di mana mereka menganggap doktor itu tidak memahami konsep ada orang yang kehidupannya lebih susah daripada dia.
"Lelaki tak bersyukur ini kebetulan lahir dalam keluarga T20. Permulaan hidupnya lebih baik dari M40 atau B40, termasuk dari segi pendidikan, hubungan, kenalan, idealogi bagai. Mereka ada banyak sumber yang boleh membantu meningkatkan pendapatan mereka, sementara M40 dan B40 tak ada," kata Guan.
"Dah kaya pun dengki dengan orang susah. Duit dalam bank beribu pun masih nak hak orang susah. Dia seorang je boleh hidup senang. Tak boleh terima tengok orang lain happy," kata Ramdzi.
Ramai netizen mengakui terkejut dengan kata-kata yang diucapkan oleh lelaki itu, sedangkan dia sebagai orang yang berpendidikan tinggi sepatutnya lebih memahami keperitan golongan B40.
"Pelik, makin tinggi belajar makin rendah empati. Ayat dia penuh dengan baseless accusations. Bunyi jahat dan demonised golongan B40," kata Syam.
Ciapan itu pantas menular di media sosial menyebabkan doktor berkenaan dikecam teruk. Menyedari perkara itu, pengendali akaun Twitter itu bertindak menyahaktifkan akaunnya.
Sumber: Twitter Chairman GLC