Loading...
TR

(Video) 'Jangan beli belacan jenama ni, cukup-cukup kotor!' - Peniaga dakwa belacan keluaran tempatan mengandungi pasir



Seorang peniaga, Ashraf Danial Anuar, meluahkan rasa tidak puas hati dan mendakwa produk belacan tempatan yang dibelinya mengandungi bendasing seperti pasir.


Dalam video berdurasi dua minit itu, pengadu menjelaskan setiap kali dia menggunakan belacan tersebut, masakannya terasa seperti dicampur dengan pasir. Hal itu membuatkan dia berasa curiga dan mengambil keputusan untuk memeriksa isi kandungan produk itu. 


"Hari ini aku betul-betul marah. Sebab apa? Aku nak tunjuk hampa satu... belacan yang paling s***, paling kotor, paling tak boleh pakai!


"Aku dah buat sambal belacan lama dah, okay? Setiap kali aku buat sambal belacan, aku rasa pelik. Kenapa ada rasa macam pasir, macam benda keras. Padahal kami basuh.. bawang, cili semua kami basuh dulu. 



"So hari ni aku tak sedap hati. Aku selalu guna jenama ni. Aku tak sedap hati, aku nak check sendiri. Aku rasa mungkin dalam belacan, belacan yang kotor," katanya. 


Pengadu kemudian mencairkan satu buku setengah belacan jenama berkenaan dan kemudian ditapis serta dicuci menggunakan air paip. Hasilnya, terdapat banyak bendasing yang dipercayai kulit kerang pada penapis. 


"Ni kulit kerang tak boleh basuh dah. Benda ni la yang aku makan sambal berpasir. Tengok sendiri, kulit kerang! Hampa tengok, berapa banyak... macam pasir dekat pantai! 


"Lebih jelas selepas dibasuh dua kali. Apa ni gila? Belacan ke ni gila? Dibasuh kali keiga macam Pantai Teluk Senangin, penuh kulit siput. Jangan beli jenama ******! Cukup-cukup kotor!" katanya. 



Susulan itu, pengadu telah membuat aduan kepada KKM, KPDNHEP dan JAKIM dan berharap tiga pihak berkenaan memberi respon terhadap aduannya itu. 


Sumber: Facebook Ashraf Danial Anuar

About Cite Malaya

Powered by Blogger.