Semenjak kerajaan memperkenalkan kategori B40, M40 dan T20 bagi membezakan jurang pendapatan rakyat, ramai yang menyalahgunakannya untuk tujuan yang tidak baik sehingga menimbulkan rasa kurang senang orang ramai terutamanya golongan B40.
Kelmarin, seorang individu mendakwa kebanyakan pengguna rangkaian perkhidmatan U Mobile adalah golongan B40 kerana pakej yang ditawarkan syarikat telekomunikasi itu murah berbanding penyedia rangkaian yang lain.
Bagi golongan T20, ramai yang menggunakan Maxis dan golongan M40 pula dianggap sebagai bijak kerana memilih menggunakan Celcom atau Digi.
"Golongan B40 ramai pakai U Mobile. Golongan T20 ramai pakai Maxis. Golongan M40 bijak pakai Celcom/Digi.
"Mohon Singtel (Singapura) masuk Malaysia, line memang padu gila kalau kat seberang," kata individu berkenaan.
Bagaimanapun, kenyataan lelaki itu bukan sahaja membuatkan ramai netizen tersinggung, malah menyifatkan kenyataannya itu sebagai satu penghinaan kepada golongan B40.
"Orang yang bijak akan menggunakan telko yang sesuai dengan tempat dan keperluannya. Orang bodoh selalu rasa yang dia buat adalah paling betul," kata Zam.
"Bencinya dengan orang yang tak habis-habis nak melabelkan orang itu B40 la, apalah. Biar jela orang tu nak guna apa, senak sangat ke kau?" kata Ji.
"Tak pulak akak kisah. Janji dekat kawasan yang akak duduk ni coverage kuat dah cukup. U Mobile memang palingg jimat. Orang bijak memang suka berjimat," kata Aleen.
Apa pandangan anda?