Loading...
TR

Bayi 4 bulan dipukul, dihempas & digoncang oleh pengasuh sehingga koma (pendarahan dalam kepala)



Seorang bayi lelaki berusia empat bulan mengalami koma, disyaki didera oleh pengasuh di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Batu Burok, Kuala Terengganu, pada Rabu lalu. 


Mangsa yang baru tiga hari didaftarkan di pusat jagaan itu dilaporkan mengalami pendarahan dalam otak dan retak tempurung kepala dan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). 


Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, bapa mangsa yang berusia 29 tahun menyedari anaknya berada dalam keadaan lemah dan kesakitan semasa mengambilnya dari pusat jagaan itu, lalu dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. 


Pemeriksaan mendapati, terdapat darah beku di dalam kepala mangsa akibat pendarahan. Mengesyaki anaknya didera, bapa mangsa segera membuat laporan polis. 


Pengasuh terbabit telah dipanggil polis untuk membantu siasatan, tetapi suspek menafikan dakwaan mendera mangsa. Polis turut mendapati suspek memberi keterangan yang meragukan. 


Polis kemudian menyiasat video kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati suspek telah memukul kepala mangsa menggunakan tangan, menghempas dan menggoncang tubuh mangsa. 


Ekoran itu, polis telah menahan tiga wanita tempatan (pengasuh) berusia dari 22 hingga 33 tahun, semalam untuk disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak kerana menganiaya atau mencederakan kanak-kanak. Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 


Sumber: Sinar Harian

About Cite Malaya

Powered by Blogger.