Media massa merupakan medium terpenting dalam menyampaikan sesuatu maklumat kepada masyarakat. Kendatipun media sosial sudah menjadi medium nombor satu masyarakat, namun masih ada masyarakat yang mengharapkan informasi yang benar-benar sahih melalui berita-berita di televisyen. Disebabkan itu, peranan yang cukup besar bagi sesebuah produksi televisyen menyampaikan berita yang tepat dan jelas tanpa memihak kepada mana-mana individu, organisasi atau parti politik.
Suhu politik di Malaysia pada ketika ini masih panas, setiap hari rakyat bercakap mengenai isu-isu politik walaupun Perdana Menteri dan Kabinetnya telah dilantik. Serentak dengan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ada membuat beberapa pengumuman 'panas' antaranya isu monopoli beras, bagi membela kepentingan rakyat khususnya golongan pesawah miskin.
Namun begitu, netizen berpandangan bahawa ada beberapa penjelasan yang dibuat oleh Perdana Menteri telah disalahertikan oleh sesetengah rakyat. Netizen mendakwa, media massa seperti RTM dan TV3 perlu memainkan peranan menjelaskan kepada rakyat atau penonton mengenai fakta yang sebenar. Tetapi yang sebaliknya pula berlaku, di mana saluran berkenaan hanya menyiarkan 50 peratus ucapan Perdana Menteri.
"Liputan Berita RTM terkait isu yang dimainkan oleh pembangkang yang memfitnah konon satu-satu usaha mengganggu perniagaan konglomerat Melayu. Laporan lemah dan scene yang patut tunjuk pada khalayak untuk melawan fitnah itu tidak pula disiarkan," kata netizen.
Dalam masa yang sama, netizen turut menggesa Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, tampil lebih agresif untuk menangani isu-isu sedemikian.
Di Twitter, netizen mendakwa Buletin Utama (TV3) hanya menyiarkan penjelasan yang diberi oleh pembangkang mengenai tuduhan menerima dana dari 'taukeh' judi semasa PRU15 lalu, tanpa menyiarkan kenyataan balas yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan.
"Buletin Utama tayang 30 saat poster fitnah terhadap Harapan dalam berita pukul 8 malam tanpa ada hujahan balas dari Harapan. Buletin Utama ditonton seramai 3.8 juta penonton," kata Rashid Yusoff (@RashidYusoff11).
Buletin Utama tayang 30 saat poster fitnah terhadap HARAPAN dlm berita pukul 8 malam tanpa ada hujahan balas dari HARAPAN.
— Rashid Yusoff (@RashidYusoff11) December 7, 2022
Buletin Utama ditonton seramai 3.8 juta penonton. pic.twitter.com/8aA7PRgyHy
"Takkan nak suruh Rafizi Ramli turun untuk betulkan ini semua? Apa gunanya kerajaan diketuai Pakatan Harapan (PH) kalau segala usaha baik akan dikalahkan dengan fitnah PN? Elok PH berundur saja dan serahkan kepada PN?" kata Calcheuts dan Joe Sha.
"Menteri Komunikasi is taking his own sweet time. Lagi lambat bertindak, lagi banyak misinformation tersebar dan lagi banyak yang perlu diperbetulkan. Tolonglah bertindak cepat Fahmi Fadzil," kata Ashraf Naserudin.
Sementara itu, Fahmi Fadzil sedar dengan gesaan tersebut dan memaklumkan pihaknya sedang dalam usaha untuk mengambil tindakan dengan mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak berkaitan.
"InsaAllah, banyak perkara dalam tindakan. Ambil sedikit masa kerana baru hari ketiga, tak overnight," balasnya ringkas pada ciapan netizen di Twitter, yang juga turut menafikan dakwaan mengatakan dirinya sedang 'berhoneymoon'.
Sumber: Twitter Fahmi Fadzil, Rashid Yusoff