Loading...
TR

Pasangan kekasih dicekup khalwat, lelaki beri alasan tinggal sebilik sebab penat ambil jubah konvo



Seorang lelaki berusia 22 tahun dicekup bersama teman wanitanya berusia 26 tahun di sebuah hotel di Ujong Pasir, pada awal pagi kelmarin.


Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, operasi khalwat yang dijalankan pada awal pagi di sekitar daerah itu berjaya mencekup pasangan muda itu yang merupakan antara enam pasangan yang ditahan. 


Pasangan muda itu ditahan selepas mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen pernikahan dan mengakui tidak mempunyai ikatan yang sah atau sebagai suami isteri. 


Semasa disoal siasat, lelaki itu memberi alasan hanya ingin berehat sebentar untuk melepaskan penat setelah selesai melakukan urusan pengambilan jubah bagi majlis konvokesyen yang akan diadakan pada Selasa ini. 


Bagaimanapun, alasan graduan institusi pengajian tinggi (IPT) di Melaka itu tidak berhasil. 


"Ketika serbuan dilakukan, wanita itu telah membuka pintu bilik dan mendakwa kononnya menginap bersama rakan perempuan. Namun, apabila diperiksa terdapat seorang lelaki bersembunyi di bawah selimut dengan hanya memakai seluar pendek. 


"Hasil soal siasat pasangan itu adalah kekasih dan si lelaki memberikan alasan bermalam di situ kerana penat mengambil jubah untuk majlis konvokesyen dijadualkan pada Selasa depan," katanya. 


Pasangan itu bersama lima lagi pasangan lain yang disyaki berkhalwat, dibawa ke Pejabat JAIM untuk disiasat di bawah Seksyen 53 (1) dan Seksyen 53 (2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991. 


Sumber: Utusan Malaysia

About Cite Malaya

Powered by Blogger.