Loading...
TR

Murid tikam rakan sekelas guna pengikir logam sehingga menembusi tengkorak



Seorang murid sekolah menikam rakan sekelasnya yang berusia 12 tahun dengan pengikir logam sehingga menembusi tengkoraknya dalam pergaduhan kecil. 


Gambar tular di media sosial menunjukkan bahagian kiri kepala mangsa, Muhammad Antar Muhammad, ditikam dengan pengikir tersebut, yang juga disiarkan oleh media tempatan di Mansoura, Mesir. 


Difahamkan, objek tersebut menembusi kepalanya sebanyak lima sentimeter menyebabkan mangsa terpaksa menjalani pembedahan selama lima jam di mana sebahagian tengkoraknya terpaksa dibuang dan digantikan bagi merawat kecederaannya itu. 


Jurucakap Hospital Kecemasan Universiti Mesir berkata, objek tersebut berjaya dikeluarkan dan mangsa sedang dipantau di wad unit rawatan rapi. 


Doktor juga memuji orang awam yang menghubungi perkhidmatan kecemasan tidak cuba mengeluarkan objek tersebut sehingga mangsa dibawa ke hospital di mana ia dikeluarkan secara profesional. 


Doktor berkata, masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada mangsa akan mengalami kesan kecederaan berpanjangan akibat dari kejadian itu. 


Sementara itu, polis sedang menjalankan siasatan dan percayai suspek lain yang terbabit dalam kejadian itu juga melibatkan suspek bawah umur. 


Sumber: Daily Mail

About Cite Malaya

Powered by Blogger.