12 Disember 2022, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mahu memastikan atlet negara dapat meningkatkan potensi sebenar mereka.
Tetapi beliau pernah menangani amalan rasuah yang berlaku dalam badan sukan terlebih dahulu bagi memastikan tiada lagi kerosakan berlaku akibat masalah korupsi, selain menentukan sektor itu tidak dianaktirikan selepas ini.
Bagaimanapun, banyak persatuan-persatuan sukan yang tidak senang duduk dengan kenyataan Adam. Malah, mereka menganggap kenyataan Adam itu sebagai semberono, tanpa usul periksa dan tidak matang.
Selain Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), dan Persekutuan Wushu Malaysia, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) juga meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan kenyataan Adam.
"Secara amnya, adalah baik rasuah tidak disokong, tetapi untuk membuat kenyataan terbuka seperti ini (tidak sepatutnya), melainkan dia mempunyai bukti dan data untuk membenarkan apa yang beliau katakan, itu tidak wajar. Ini adalah kenyataan tidak matang," kata Naib Presidennya, Datuk Amarjit Singh yang juga seorang peguam dan hakim.
Di media sosial, netizen hairan dengan sikap persatuan dan badan sukan di man seorang demi seorang mengeluarkan kenyataan balas terhadap kenyataan Timbalan Menteri berkenaan, sedangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam laporan Berita Harian mengesahkan berlakukan aktiviti rasuah dalam industri sukan negara.
Laporan Bernama pada 25 September memetik Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM Datuk Razim Mohd Noor berkata, wujud aktiviti rasuah dalam industri sukan negara dari segi pengurusan dana dan sebagainya.
"Bagi mereka yang tamak atau (hendak) cara mudah dapatkan duit, (menyebabkan) tujuan dana itu tidak sampai ke golongan sasaran," katanya.
"Isu RM100 juta duit KBS hilang tanpa jejak, macam mana pula tu? Dalam bidang sukan memang banyak isu kronisme dan mark up melampau dalam mendapatkan kelengkapan sukan. Jadi, wajarlah isu ini diketengahkan oleh Adam Adli," kata Anak Dayak.
"Hairan. Mentang-mentanglah Adam Adli baru naik jadi menteri, muda pula tu. Kamu nak dia ikut rentak korang ya? SPRM yang mula-mula kata bidang sukan Malaysia antara yang terlibat dengan rasuah. Ada korang bising sanggah SPRM?" soal Joe Reacher.
Netizen turut berkongsi keratan berita di mana Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) pernah membuat laporan polis berhubung kes pecah amanah yang disyaki berlaku dalam pengendalian akaun bank badan induk berkenaan.
Adam tak sebut sukan apa tapi memamg ada rupa nya. pic.twitter.com/Vaum4IjXfk
— A Bornean Headhunter🇵🇸🇷🇺🇨🇺🇮🇷🇮🇶🇱🇾🇸🇾 (@MutalipAbdullah) December 14, 2022
Video pengakuan dari pemain badminton Indonesia, Taufik Hidayat, yang mendakwa dirinya pernah disogok oleh pegawai sukan Malaysia untuk tewas dalam pertandingan bagi memberi kemenangan kepada pemain badminton Malaysia, turut dikongsikan semula bagi membuktikan sememangnya berlaku aktiviti rasuah dalam badan sukan negara.
Sumber: Utusan Malaysia, Twitter UMNO Online