Loading...
TR

'16 lif, 46 eskalator & 664 lampu tidak berfungsi di stesen monorel, LRT' - Menteri Pengangkutan



Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mendedahkan laporan audit yang diterima daripada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memaklumkan, semua lif di 16 stesen monorel sekitar Lembah Klang masih tidak berfungsi. 


Selain itu, sebanyak 46 daripada 706 eskalator dijuga didapati tidak berfungsi, 664 lampu tidak berfungsi dan berlaku kebocoran di 17 lokasi.


Tidak berpuas hati masalah itu, Anthony berkata usaha sedang dijalankan untuk melakukan kerja-kerja membaiki dan menggantikan kemudahan yang rosak. 


Bagaimanapun, bagi perkhidmatan lif di stesen-stesen monorel, Anthony menjelaskan proses perolehan sedang berjalan dan hanya akan diberikan tender pada Februari 2023. 


Semua petugas dan polis bantuan telah diarahkan untuk memberi bantuan kepada penumpang OKU untuk menaiki tangga dan sebagainya. 


"Saya tahu ia tidak selesa dan saya amat memahaminya. Kita akan cuba mempercepatkan penambahbaikan di lif tersebut. Ketika ini, kita tiada pilihan selain minta polis bantuan untuk bantu OKU yang menggunakan perkhidmatan di stesen itu," katanya. 


Dalam pada itu, Anthony berkata, Kementerian Pengangkutan juga menjangka kekerapan tren LRT akan berkurang kepada tiga minit pada suku ketiga tahun depan berbanding lima minit sekarang. 


Pada masa ini, hanya 38 tren yang beroperasi di laluan Kelana Jaya dan bagi membolehkan kekerapannya turun kepada tiga minit, ia memerlukan 48 tren untuk beroperasi dalam satu masa. 


"Prasarana mempunyai 56 tren untuk laluan tersebut. Namun, 18 daripadanya sedang diselenggara. Jangkaan kita, 56 set menjelang suku ketiga 2023. Bermula sekarang kita akan cuba tambah tren supaya kekerapan itu dapat ditambah," katanya. 


Sumber: Astro Awani

About Cite Malaya

Powered by Blogger.