Foto dari Twitter Mohammad Faeez Harith |
Susulan viral video seorang peniaga nasi lemak yang memarahi pesaingnya, video tersebut telah dipadamkan membuatkan ramai yang tertanya-tanya mengapa individu yang memuat naik video itu berbuat demikian.
Skyrullah melalui TikToknya menjelaskan, video itu dipadamkan oleh pihak TikTok kerana ada yang membuat aduan mengenainya. Malah, dia turut 'diburu' oleh anak-anak peniaga terbabit yang dipercayai mahu mengambil tindakan terhadapnya.
"Begitulah kesudahannya. Saya remove video itu. Makcik tadi suruh member saya minta maaf. Kemudian anak-anak makcik itu cari saya sebab viralkan video itu. Dia tak tahu di Twitter ramai spill the tea tentang makcik itu," katanya.
@skyeskey007 Replying to @Eman :p ♬ original sound - IkhmalNour
Terdahulu, tular video di media sosial yang menunjukkan peniaga nasi lemak itu menyerang pesaingnya secara kasar. Dia juga mendakwa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memberi kuasa kepadanya untuk berniaga di kawasan itu.
"Esok, saya tak nak tengok nasi lemak ini di sini, okey?! Faham? DBKL dah beritahu hari tu kan, dia cakap saya yang berkuasa kat sini. Saya tak nak tengok nasi lemak awak dijual kat sini," tegas makcik itu.
Hari ini, seorang netizen yang prihatin, Mohammad Faeez Harith, turun ke lokasi untuk meninjau keadaan di lokasi kejadian. Namun, peniaga yang teraniaya itu tidak membuka gerainya, dipercayai sudah berpindah ke lokasi lain.
"Dah sampai, ada satu kedai je buka. Macam kedai yang tukang marah tu je. Tengok gaya, macam ye. Kesimpulannya kedai makcik yang kena marah itu tidak dibuka. Kedai makcik tukang marah, buka. Ada kereta Proton Wira berwarna putih di sebelah kedai dia.
"Saya beli nasi lemak di depan pasar TTDI je untuk elak konfrontasi dan hilang selera pagi-pagi ini. Kenapa saya tak pergi ke kedai makcik yang serang orang tu? Sebabnya saya tak nak mengeruhkan lagi keadaan.
"Kita jadi tukang sorak dari jauh sedaplah, yang menanggungnya nanti payah. Lagipun biarlah dia buat perangai tak semenggah gitu, kita jangan ikut perangai dia," katanya.
Ok aku dah sampai.Ada satu kedai je buka, jap nak tengok takut salah kedai pic.twitter.com/C6AK6ONAUz
— Mohammad Faeez Harith (@H_Bakkaniy) October 12, 2022
Macam kedai yang tukang marah tu je.Tengok gaya macam ye.Aku ambik gambar daripada jarak selamat dah ni, 20 meter. pic.twitter.com/mUEjbi6X9E
— Mohammad Faeez Harith (@H_Bakkaniy) October 12, 2022
Kesimpulannya kedai makcik yang kena marah tak buka.Kedai makcik tukang marah buka, ada kereta wira putih sebelah kedai dia, aku beli nasi lemak depan pasar TTDI je untuk elak konfrontasi dan hilang selera pagi-pagi ni.
— Mohammad Faeez Harith (@H_Bakkaniy) October 12, 2022
Sesiapa yang boleh dapatkan nombor telefon mangsa, bagitahu.
Aku dah sampai rumah dah.
— Mohammad Faeez Harith (@H_Bakkaniy) October 12, 2022
Ni sebab aku malas nak pergi dekat kedai yang satu lagi tu👇🏽 https://t.co/kmDQcMJqf5
Selepas video itu tular, ada beberapa individu tampil mendedahkan mereka pernah membeli nasi lemak yang dijual oleh makcik berkenaan yang dikatakan tidak mengutamakan kebersihan.
Depan my office! Siapa yg beli dgn makcik ni mesti taktau betapa pengotornya dia 🤮
— A H M O I 💕 (@awinrusli) October 11, 2022
Warga Vads ramai dah boikot nasi lemak dia. Tu yg insecure nak mati.
Bayangkan lepas garu kaki, sambung cedok nasi 🤯
— A H M O I 💕 (@awinrusli) October 11, 2022
Taktau la after covid ni. Serious dah lama tak beli since banyak issue hygiene.
— A H M O I 💕 (@awinrusli) October 11, 2022
Kita tak kisah beli tepi jalan tp hygiene pls lah, cannot negotiate
— A H M O I 💕 (@awinrusli) October 11, 2022
Aah, dia niaga nasi lemak. Ramai stop beli dr dia sbb issue hygiene.
— A H M O I 💕 (@awinrusli) October 12, 2022
Kena usulkan kat peniaga baru lah. Kami as tenant kat vads happy je bila ramai niaga since banyak pilihan membeli.
— A H M O I 💕 (@awinrusli) October 12, 2022
Taktau ada scene macam ni. Mmg kami buka la pekung acik yg menghalau tu.
Dulu maybe takda pilihan, so ramai yg beli. Tp bila dah pengotor, sapa ja yg nak beli. Sanggup beli kat pasar TTDI instead of depan office.
— A H M O I 💕 (@awinrusli) October 11, 2022
Sumber: TikTok Skyrullah, Twitter Faeez, Twitter Awin Rusli