Loading...
TR

(Video) 'Acah-acah polis trafik kau ni'



Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah kerap memaklumkan bahawa orang awam tidak mempunyai kuasa untuk menahan trafik untuk kepentingan diri. Namun, masih ada individu yang ingkar dengan larangan itu. 


Tular di media sosial, seorang penunggang motosikal menahan trafik bagi memberi laluan kepada rakan-rakan konvoinya dalam kejadian yang berlaku di persimpangan masuk ke Hospital Pengajar UPM, Serdang. 


Berdasarkan video rakam dashcam saksi, kejadian itu berlaku pada jam 1.02 petang Ahad lalu yang menunjukkan lelaki terbabit turun dari motosikal dan menghalang saksi dari meneruskan perjalanan walaupun lampu isyarat telah bertukar ke lampu hijau. 


Bagaimanapun, saksi enggan mempedulikan tindakan lelaki itu dan cuba membelok ke kanan. 



Di media sosial, netizen menyelar tindakan penunggang motosikal terbabit sesuka hati menahan trafik. 


"Geng-geng konvoi ni kadang-kadang suka tahan trafik ikut suka depa ja, yang naik kepala marshall depan. Terpaling marshall katanya tahan kereta ikut suka, suruh bagi laluan atas highway," kata Oliver. 


"Ikut je la undang-undang, konvoi dengan escort polis okay la. Sendiri-sendiri ni ikutlah undang-undang. Group motor aku yang beberapa ahlinya adalah pegawai kanan dan rendah polis, okey je ikut undang-undang bila berkonvoi, jangan jadi bab*," kata Nurizam. 


"Tahniah kepada yang rakam video ni. Takde kuasa, jangan bagi muka. Simple," kata Mr HKMY.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.