Loading...
TR

'Selepas tahu video tu, saya pukul dia tapi..' - Bapa nafi anaknya, Adam Mika, individu dalam video tak senonoh yang tular di media sosial



Sejak beberapa hari lalu tular di media sosial video menunjukkan seorang remaja lelaki yang mirip pelakon tempatan sedang melakukan aksi tidak senonoh, mengundang pelbagai reaksi netizen. 


Nama pelakon remaja berusia 12 tahun itu juga trending di platform Twitter susulan tersebarnya video tersebut. 


Berdasarkan video berdurasi dua minit itu, individu dalam video tersebut berada dalam biliknya dan merakam dirinya sedang melakukan perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon pintar. 


3 September lalu, portal Boom mendedahkan pihaknya menerima maklumat mengenai seorang pelakon remaja yang menurutnya sedang ketagih melayani video-video terlarang itu di masa lapang. 


Portal tersebut turut mengatakan pihaknya mempunyai bahan bukti bergambar yang diterima dari sumber yang tidak didedahkan. 


Sementara itu, portal Oh! Bulan pula melaporkan, pelakon terbabit tampil menafikan dakwaan itu melalui Twitternya. 


"Jangan mudah percaya. Allah, macam-macam cara untuk jatuhkan orang ek? Saya tak akan maafkan kepada yang menyebarkan fitnah ke atas diri saya. 


"Korang ni jangan mudah sangat percaya dengan media sosial ni ya. Zaman sekarang ni, macam-macam cara orang nak jatuhkan kita. Dosa fitnah lebih besar dari membunuh tau. Sebelum nak komen tu, fikir-fikir dulu," jelasnya. 


Semalam, bapa kepada pelakon Nik Adam Mika, iaitu Nik Mohd Adli, tampil membuat laporan polis berhubung penularan video tersebut yang membabitkan nama anaknya.


"Laporan polis telah dibuat bagi menjernihkan perkara ini. Pada saya perkara ini telah menjatuhkan maruah saya dan juga keluarga saya," katanya. 


Berkata kepada mStar Online, Nik Mohd Adli menegaskan remaja lelaki dalam video tular itu bukan anaknya kerana dia sering memantau aktiviti harian Adam. 


"Saya dah tengok video tu, yang dalam video tu bukan rumah saya. Rumah saya banglo baharu dan dalam video itu nampak macam rumah kampung. 


"Ruang rumah kami bukan macam tu. Adam punya kerusi gaming pun bukan macam tu," katanya. 


Tambah Nik Mohd Adli, dia tidak pernah memberi kebenaran untuk anaknya membuka akaun Instagram, Twitter, Telegram dan sebagainya. 


"Mungkin muka lebih kurang sama, mungkin dia (remaja dalam video) ini tak pakai cermin mata tapi dia pakai spek untuk menyerupai Adam. Saya tidak pasti," katanya. 


Nik Mohd Adli mengakui dia memukul Adam selepas mengetahui penularan video itu tetapi dalam masa sama, Adam kelihatan seperti tidak tahu apa-apa ketika ditanya mengenai video tular tersebut. 


Sumber: Oh! Bulan, Boom, mStar Online

About Cite Malaya

Powered by Blogger.