Enam hari yang lalu, Menteri Hal Ehwal Agama, Idris Ahmad melancarkan Kempen Hentikan Fitnah di Media Sosial bagi memastikan rakyat mendapat maklumat atau berita yang sahih dan betul.
Sebagai permulaan, satu video kempen yang membabitkan beberapa individu terkemuka termasuk selebriti dan influencer telah dipanggil untuk menjayakan kempen tersebut.
#hentikanfitnahdimediasosial
— M.O.T Malaysia (@MOTMalaysia) September 23, 2022
Nabi SAW bersabda dalam hadith yang diriwayatkan Huzaifah R.A:
لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba).” [Riwayat al-Bukhari (6056) dan Muslim (105)] pic.twitter.com/Rk92QEuux6
Penerbitan video itu kemudian disebarkan oleh pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Tidak dinafikan video itu mula mendapat perhatian netizen, tetapi ada individu yang berasa kurang senang dengan penglibatan influencer TikTok, Ryan Bakery, dalam video tersebut.
"And just like that, Ryan Bakery has been cancelled... Dua tiga tahun kerja keras dekat TikTok just to end up ambil paid job kerajaan. Semattt wooo!" kata pengguna Twitter, Izzat, dalam ciapannya pada 23 September lalu.
Bagaimanapun, ciapan itu mengundang kemarahan netizen yang mengecam sikap suka berprasangka buruk lelaki berkenaan yang juga dikatakan telah memfitnah Ryan Bakery.
"Kejap, ada masalah ke dengan video itu? Mesej yang nak disampaikan, jelas. Jangan sebar fitnah di media sosial. Jadi, apa masalahnya Ryan Bakery dalam tu? Ke saudara memang hati hitam tunggu isu nak menjatuhkan Ryan Bakery?" kata Bepik.
"Benda betul, apa salahnya? Kita kena lawan isu fitnah dan berita tidak sahih supaya tak jadi satu budaya dalam negara. Bro pula panas kenapa? Tak suka atau takut dengan kebenaran?" kata Syahmi.
"Kalau kau toxic, jangan main Twitter. Dia cakap pasal fitnah and just like that, mendenya kau ni?" kata Muzzamil.
Sumber: Twitter IzzatIzzmy20