Heboh di media sosial mengenai perkahwinan seorang pakar pelaburan saham yang dikatakan terkenal dengan tagline 'Tak Handsome Tak Apa, Janji Kaya'.
Laporan media, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan, 47, telah menamatkan zaman dudanya Jumaat lalu dengan Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari, 25, dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara.
Menurut Mohd Nazri Khan yang juga Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi itu berkata, dia terdahulu tidak disukai oleh wanita itu yang merupakan pelajarnya.
"Pada mulanya dia tak suka saya mungkin sebab dah tua. Beza umur kami 22 tahun. Bukan mudah nak menawan hatinya, tetapi Alhamdulillah kami selamat bernikah pada Jumaat.
"Sebenarnya sudah genap setahun kami berkenalan. Kami berkenalan ketika saya menyampaikan satu 'talk'di sebuah universiti. Asalnya saya mengajar saham. Tetapi apabila sudah lama kenal, saya berjumpa dengan keluarganya. Kiranya, jumpa September tahun lalu dan Februari kami mulai serius.
"Jadi, lebih kurang tujuh bulan saja perhubungan kami sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin," katanya.
Jelas Mohd Nazri Khan lagi, dia tertarik dengan sikap isterinya yang manja, lembut dan sebagainya membuatkan kehidupan terasa kelainan yang baharu.
"Isteri sangat manja, dia pelajar, dengar cakap dan mudah dibentuk. Jadi, saya rasa macam ada satu pengecualian dalam hidup saya sebagai orang korporat. Apabila jumpa dia, kami tak bincang mengenai dunia korporat. Jadi, ia lain daripada kehidupan saya.
"Pada mula saya tengok dia, saya suka dia sebab kelembutan dimiliki dan dia manja. Kami macam ada keserasian terus dan tak rasa saya ni macam orang tua.
"Bagi saya, beza umur ini tak ada masalah dari awal berkenalan. Saya tak pernah jumpa budak muda yang boleh berborak dengan orang tua macam saya, macam kawan-kawan," katanya.
Difahamkan, perkahwinan itu merupakan perkahwinan keduanya selepas bercerai dengan isteri pertama, yang membuatkan dia menduda selama setahun.
"Ini perkahwinan kedua saya. Secara rasmi, hidup menduda sekejap saja. Kalau tak rasmi, dah lama tak tinggal bersama dan tak sehaluan itu sudah setahun," katanya.
Sumber: Harian Metro