Loading...
TR

Budak 8 tahun lemas akibat tersepit di celah batu ketika mandi sungai di Kalumpang



Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dilaporkan lemas akibat tersepit di celah batu semasa mandi di sungai di sebuah resort di Kalumpang, semalam, lapor Harian Metro. 


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 6.40 petang dari pegawai perubatan berusia 34 tahun. 


Menurut pegawai perubatan berkenaan, mangsa dibawa oleh ibu bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri, tangan dan muka kebiruan ke Klinik Kesihatan Kalumpang pada jam 4.55 petang. 


Pasangan itu kemudian memaklumkan anak mereka tersepit di celah batu semasa mandi di sungai. Orang awam yang berada di tempat kejadian cuba memberi bantuan pernafasan, namun usaha itu tidak membuahkan hasil. 


Siasatan polis mendapati mangsa lemas di sungai yang berkedalaman kira-kira 0.6 meter. Bedah siasatan yang dijalankan di Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB) mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas. 


Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.


Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.