Seorang pengguna TikTok yang mendakwa dirinya sebagai 'pengembara masa' berkata akan muncul beberapa adiwira dan penjahat selepas planet bumi menerima tempias letusan gelombang matahari.
Individu yang dikenali sebagai @timevoyaging itu memberi amaran di mana 10 individu akan mendapat kuasa tersebut apabila matahari melepaskan 'tenaga luar biasa' itu pada 14 November 2022.
Tambahnya, orang yang paling teruk menerima kesan letusan itu akan memiliki kuasa yang luar biasa termasuk telekinesis. Namun tidak semua daripada orang 'terpilih' itu akan menggunakan kuasa tersebut untuk tujuan kebaikan.
"Perhatian! Saya pengembara masa yang benar. 10 orang akan mendapat kuasa luar biasa tidak lama lagi. Pada 14 November 2022, matahari akan mengeluarkan gelombang tenaga yang jarang melanda bumi.
"10 orang yang paling teruk terkena itu kerana mereka berada di bawah pancaran cahaya matahari akan menerima kuasa luar biasa.
"Ada kuasa yang baik seperti telekinesis dan ketahanan. Tetapi ada juga yang sangat buruk dan boleh memusnahkan hidup anda," katanya.
@timevoyaging Azawa… #fyp #fypage #timevoyaging #timetravel #timetraveler #viral #xyzbca #2022 #conspiracy ♬ Welcome to Azawa - Truth Needs To Be Out
Beratus-ratus pengguna TikTok membanjiri ruangan komen dan menuntut 'pengembara masa' itu memberikan lebih banyak maklumat terperinci. Tetapi tidak kurang juga yang mendakwa individu itu mengarut.
"Apakah nama orang yang akan mendapat kuasa luar biasa itu?" soal netizen.
"Lebih baik memiliki kuasa teleportasi sebab harga minyak mahal sekarang," tambah netizen yang lain.
Sumber: Daily Star