Loading...
TR

'Setiap bulan saya simpan 2,000 peket minyak masak bersubsidi sebagai stok' - Peniaga runcit di Pasar Golok akui bekalan tak pernah putus

Foto sekadar hiasan sahaja


Saban hari rakyat merungut sukar mendapatkan bekalan minyak masak bersubsidi peket 1 kilogram (km) di pasaran, tetapi di Pasar Sungai Golok, Thailand pula bekalan minyak peket itu berlambak dan tidak pernah putus. 


Tinjauan media di kawasan itu mendapati, hampir semua kedai runcit di kawasan itu menjual minyak masak peket bersubsidi dari Malaysia, termasuk beberapa barang kawalan lain seperti gula dan tepung gandum. 


Seorang peniaga kedai runcit, Ting, berkata, dia memperoleh bekalan minyak masak peket itu daripada orang Malaysia yang menyeludup barang itu melalui laluan tikus. 


"Setiap bulan saya akan menyimpan sekurang-kurangnya 2,000 peket minyak masak sebagai stok jika bekalan lambat sampai.


"Minyak masak peket dari Malaysia dijual pada harga sekitar RM6 hingga RM6.50 setiap peket," katanya. 


Seorang lagi peniaga, Esen, berkata, dia bukan sahaja menjual minyak masak bersubsidi, malah semua barangan bersubsidi Malaysia termasuk petrol dan diesel kerana bahan api itu mendapat banyak permintaan tinggi dari penduduk di kawasan kampung kerana harganya lebih murah. 


Menurut Esen, perkara itu bukanlah sesuatu yang baharu kerana 'aktiviti' itu sudah lama berlaku bagaikan tiada 'halangan' dari pihak berkuasa. 


"Kalau penguatkuasaan di sempadan dan jalan tikus diperhebatkan, kami di sini tidak hairan dan sabar menunggu pertambahan bekalan yang sentiasa pulih tidak lama selepas itu," katanya. 


Sumber: Utusan Malaysia, Free Malaysia Today

About Cite Malaya

Powered by Blogger.