Loading...
TR

'Kalau tak nak pandangan jujur dari rakyat, takyah buat undian' - PMO dikecam netizen sebab padam tweet



Twitter rasmi Pejabat Perdana Menteri baru-baru ini cuba mendapatkan reaksi rakyat berhubung keberkesanan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang diumumkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, melalui undi di laman berkenaan. 


Bagaimanapun, undi tersebut dipadamkan selepas majoriti rakyat memilih jawapan 'Tidak Setuju'. 


93.1 peratus dari 1,503 pengguna tidak bersetuju dengan keberkesanan pasukan khas itu, 2.7 peratus bersetuju dan 4.3 peratus lagi memilih jawapan tidak pasti. 


Menurut laporan MalaysiaKini, undian itu dipadamkan tiga jam selepas dimuat naik. 




Tindakan pengendali Twitter memadamkan ciapan itu mengundang reaksi negatif dari netizen, lebih teruk lagi ada yang menyifatkan kerajaan sebenarnya tidak berminat dengan reaksi rakyat. 


"Kalau awak tak nak pandangan yang jujur dari rakyat, tak payah buat undian. Tindakan memadamkan tweet itu menunjukkan kerajaan tidak pernah berminat untuk mengetahui apa pandangan rakyat," kata Kalaivani Maniam. 


"Lain kali sebelum buat benda-benda macam ni, fikir dulu dengan mendalam. Apa objektif undian seperti ini? PR team Perdana Menteri memang lemah," kata Ramli Zainal. 


"Duit negara boleh hilang tanpa dikesan, setakat post Twitter, apalah sangat," kata Kak Ton. 


Sumber: MalaysiaKini

About Cite Malaya

Powered by Blogger.