Loading...
TR

(Foto) 'Kaki saya berdarah disondol Alphard' - Wanita dakwa pemandu Alphard kerap memotong



Individu yang memuat naik video insiden membabitkan dua kereta Singapura berdekatan Kompleks Sultan Abu Bakar pada Sabtu lalu, berkata, orang ramai harus berhenti dari terus 'menyerang' pemandu dan penumpang kereta Kia dalam kes itu. 


Penjawat awam, Muhammed Haziq, 25, yang memuat naik video itu berkata, pemandu dan penumpang Kia itu dilayan secara tidak adil dan dia berasa simpati terhadap mereka. 


Dia sedar bahawa netizen telah mula mendedahkan segala maklumat sulit dan peribadi dua individu itu kepada umum.


"Kami tidak pasti sama ada itu benar-benar adalah dia dan lelaki itu adalah suaminya. Keluarga saya tidak tahu sama ada kami perlu percaya apa yang sedang disebarkan dalam media sosial. 


"Tetapi jika itu adalah dia, saya percaya bahawa cara dia dilayan adalah tidak adil. Saya hargai jika orang ramai berhenti menyebarkan gambarnya," kata Haziq. 


Menurut Haziq, ketika kejadian itu berlaku, dia tiada bersama keluarganya. Bapanya berusia 51 tahun yang memandu, bersama dengan ibunya, 51, serta dua adik perempuan berusia 9 dan 17 tahun dalam perjalanan menunju ke hartanah milik mereka di Forest City, Johor Bahru. 


Haziq berkata, bapanya pada ketika itu melihat ada ruang untuk masuk ke lorong kanan lalu menyalakan lampu isyarat kanan. Namun, kereta Kia merah berkenaan enggan bertolak ansur dan segera bergerak ke hadapan sehinggalah berlaku kejadian yang tidak diingini.


"(Selepas bergesel) ayah saya nak beri laluan kepada Kia itu ke depan sebelum turun dari kenderaan untuk berbincang dengan pemandu Kia mengenai kerosakan yang dialami. 


"Tetapi pemandu Kia bertindak sebaliknya dan menunjukkan isyarat jari tengah terhadap ayah saya. Sedar tiada apa yang boleh dilakukan, ayah saya kembali ke kereta dan bercadang membuat laporan polis di Johor Bahru dan Singapura. 


"Tetapi semasa mereka nak meneruskan perjalanan, wanita itu pula berdiri di hadapan kereta mereka dan menanggalkan nombor pendaftaran sebelum dilempar pada cermin depan," katanya. 


Bagaimanapun dalam laporan akhbar harian Cina, Shin Min Daily News, wanita itu mendakwa pemandu Alphard yang terdahulu memprovok dan meminta anaknya keluar dari kereta. 


Dia berkata, Alphard berkenaan telah berulang kali memotong, sambil menambah mereka telah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas itu kira-kira sejam. 


"Saya mahu melupakannya, tetapi ada pihak lain pula yang berhenti dan memarahi anak saya. Malah memprovokasi dia keluar dari kereta untuk bertumbuk tetapi anak saya tak mengendahkannya. 


"Saya rasa sakit hati dan kecewa, itulah sebabnya saya marah sangat sehingga bertindak mencabut nombor plat dan lempar ke arah cermin kereta dia sebelum menyedari kedua-dua kaki saya berdarah akibat disondol oleh Alphard tersebut," katanya. 




Bagi Haziq, dia memuat naik video itu sebagai peringatan kepada orang ramai agar berhati-hati di jalan raya dan dalam masa sama mahu wanita itu tampil untuk menyelesaikan masalah itu dengan cara yang baik. 


"Ayah saya hanya mahu membaiki keretanya dan menuntut kerosakkan yang dilakukan oleh wanita itu," katanya. 




Sementara itu, Polis Singapura berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan berhubung dakwaan buli siber terhadap wanita dalam video tular itu. 


Selepas video itu disiarkan di media sosial, netizen mula menggali maklumat peribadi mengenai pasangan terbabit. 


Polis berkata, perbuatan mendedahkan maklumat peribadi mangsa adalah satu kesalahan kerana berniat mengganggu, menyebabkan keganasan atau ketakutan terhadap seseorang yang boleh membawa kepada hukuman penjara setahun dan denda S$5,000. 


SPF berkata, pihaknya difahamkan PDRM telah mengenal pasti dua suspek berkenaan dan akan memberi bantuan yang diperlukan kepada rakan sejawatan di Malaysia sekiranya diminta. 


Sumber: The Straits Times

About Cite Malaya

Powered by Blogger.