Loading...
TR

Penunggang motosikal sempat beri nombor telefon ibu sebelum meninggal dunia akibat langgar lari

Foto ihsan netizen | Harian Metro


Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Kilometer 270 di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan jam 2.25 pagi, Isnin. 


Mangsa, Lukman Hakim Ramlan, 22, sebelum itu dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Segamat, Johor, dari rumah rakannya di Shah Alam. 


Menurut sepupunya, Nurafiq Safwan Abu Bakar, 30, berkata, mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda pelik tetapi sempat bertanya untuk meminjam motosikalnya untuk pergi ke ibu negara. 


"Arwah ke Shah Alam jam 9 malam dengan menunggang motosikal untuk ke rumah rakannya sebelum bergegas pulang ke Segamat kerana perlu bekerja," katanya. 


Menurut laporan Harian Metro, mangsa dipercayai menjadi mangsa langgar lari dan dia ditemui dalam keadaan nazak tetapi sempat memberikan nombor telefon ibunya kepada individu berkenaan. 


Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Mat Ghani Lateh berkata, pihaknya percaya mangsa telah dirempuh dari belakang oleh kenderaan yang tidak dikenal-pasti. 


Kemalangan itu menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian dan kenderaan terbabit pula terus melarikan diri dari lokasi. 


Justeru, polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada polis di talian 014-21676424. 


Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.