Tular di media sosial video yang menunjukkan seorang lelaki ditarik Orang Utan yang berada dalam kandang di sebuah zoo di Kabupaten Kampar, Riau, Indonesia.
Pemuda itu terdahulu mendekati kandang tersebut dan menghulurkan tangannya sebelum bajunya ditarik oleh Orang Utan dengan kuat menyebabkan lelaki itu terkejut dan menjerit meminta pertolongan. Keadaan menjadi semakin buruk apabila haiwan itu menarik dan menahan kaki lelaki itu merapati kandang.
Walaupun ada yang menganggap video itu melucukan, tetapi netizen juga bimbang dengan keselamatan lelaki berkenaan dan tidak menyangka Orang Utan yang selama ini kelihatan lemah lembut, rupanya mempunyai kekuatan yang tidak dijangkakan.
Melihat pemuda itu berada dalam 'kesusahan', datang seorang lelaki membantunya untuk melepaskan diri. Sesekali dia terpaksa menendang haiwan terancam itu beberapa kali.
@jj_ramdom janji gak panik😂 #ditarikoranghutan #viral2022viralvideo🔥😘🔥 #ditarik ♬ Rumah Singgah - Fabio Asher
Susulan tular video itu di media sosial, pihak pengurusan Zoo Kasang Kulim telah menemui lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Hasanal Arifin, berusia 19 tahun.
Ketika disoal, Hasanal mengaku dia sebenarnya mahu membuat konten dengan Orang Utan.
"Kami datang ke rumahnya secara baik untuk bertanya apa tujuan dia membuat video dengan Orang Utan. Jadi, dia mengaku video itu dibuat untuk konten lucu dengan Orang Utan dan akan dimuat naik ke media sosial," katanya.
Tetapi, Hasanal tidak meminta kebenaran untuk membuat rakaman video tersebut, malah dia memanjat pagar penghadang untuk mendekati kandang haiwan itu tanpa izin.
"Dia tidak meminta kebenaran dan memanjat pagar penghadang. Kalau dia minta kebenaran, sudah tentu kita akan bersama dengan dia.
"Dia nak buat video berunsur kelakar tetpai tidak mahu mengikuti peraturan zoo di mana tindakannya itu membahayakan dirinya sendiri. Kami langsung tidak diberitahu. Tetapi dari segi keselamatn kadang dan SOP, itu semua tiada masalah. Jadi, tidak wajar kami dipersalahkan dalam hal ini," katanya.
Kesal dengan perbuatannya yang tidak bertanggungjawab, Hasanal tampil membuat permohonan maaf dan video tersebut telah dipadamkan dari akaun media sosialnya.
Sumber: Kompas