Loading...
TR

Isteri cekup suaminya nikah dengan perempuan lain, konon pergi outstation ada kerja luar



Tular di media sosial video yang menunjukkan seorang wanita mencekup suaminya yang sedang melangsungkan pernikahan dengan wanita lain dalam kejadian yang berlaku di Dusun Biting, Desa Kutorenan, Kecamatan Sukodono, Jawa Timur, Indonesia ada 30 Mei 2022. 


Dalam video tersebut, si isteri membawa ahli keluarganya datang ke majlis pernikahan itu dan terus pergi mendapatkan suaminya yang sedang duduk bersama pengantin perempuan. Dia dengan lantang memberi peringatan kepada madunya itu. 


"Saya isteri dia, tolong jangan teruskan. Saya akan tuntut segala harta dia," kata si isteri. 


Apa yang mengejutkan, pengantin perempuan, 'E', itu rupa-rupanya sudah tahu akan bermadu dan tahu pasangannya sudah mempunyai isteri. Tetapi dia tetap berniat mahu melanjutkan pernikahan mereka. 


Menurut sumber, si suami yang dikenali sebagai 'Y', memberi alasan kepada isteri pertama bahawa dia ada urusan penting di Surabaya. Di sebalik penipuan itu, Y ternyata pergi ke Lumajang untuk bernikah kali kedua.


"Sebenarnya si isteri tidak mengetahui suaminya bakal berkahwin lagi dan ada orang pulang ke rumah lalu menceritakan hal yang sebenarnya," katanya. 


Kejadian bermula apabila E datang ke rumah Ketua Penduduk, Tri, untuk meminta maklumat penduduk tempatan kerana mahu mengundang mereka ke majlis pernikahannya dengan Y. 


Ketika itu, Tri sempat bertanya kepada E tentang siapa yang akan hadir pada masjlis itu. Menurut E, keluarga pengantin lelaki bersama penghulu dan keluarga iparnya akan datang. 


Namun, beberapa jam sebelum majlis, Tri didatangi Y yang meminta pandangan bagaimana nak selesaikan masalah di mana isterinya akan datang dan merosakkan majlis tersebut sekiranya dia tidak pulang ke rumah. Mendengar luahan itu, Tri menjadi bingung dan meminta agar Y pulang saja ke rumah isterinya. 


Tri menyarankan E membatalkan majlis itu, tetapi E enggan berbuat demikian dan meminta majlis itu disegerakan serta meminta Tri menjadi saksi tetapi ditolak. Penduduk yang lain juga menolak untuk menjadi saksi. 


@tribunmanado #fyp #tiktokberita ♬ suara asli - Tribun Manado


Tidak beberapa lama kemudian, si isteri dan anak-anak Y bersama keluarga datang dan meminta majlis itu dibatalkan dan tercetus pertengkaran di antara kedua-dua pihak. 


Peliknya, walaupun majlis pernikahan itu dibantah oleh si isteri, Y tetap berkeras mahu bernikah dengan E. Y sempat diberi pilihan sama ada memilih isterinya ada E, tetapi E menjawab dia mahu kedua-duanya. 


"Sempat disuruh membuat pilihan, Y bilang dia nak kedua-duanya. Akhirnya saya suruh dia pergi kerana ini urusan di luar kemampuan saya," katanya. 


Sumber: Tribun News

About Cite Malaya

Powered by Blogger.